in

Konsert No Wrong Notes

SIARAN MEDIA KONSERT NO WRONG NOTES
25 & 26 November 2011
Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut

KUALA LUMPUR: Arena muzik koral meskipun kewujudannya sudah lama dan secara aktif digiatkan namun, sebahagian besar masyarakat negara ini belum begitu memahami kepentingannya terhadap industri seni sekali gus memandang persembahan koir sebagai satu wadah hiburan yang kreatif, bernilai, serius dan intelektual.

Menyedari usaha menggerakkannya perlu dijalankan secara aktif dan meluas, sebuah acara dinamakan ‘Konsert No Wrong Notes’ diperkenalkan bagi memartabatkan arena muzik koral tempatan ini ke peringkat tertinggi.

Konsert bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini, jam 8.45 malam di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, itu ditawarkan sebagai salah satu daripada 15 aktiviti seni dan budaya sepanjang November dan Disember untuk membentuk teras Gagasan 1Malaysia kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) .

Turut bekerjasama menganjurkannya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPK) dan Kementerian Pelancongan Malaysia. Konsert No Wrong Notes Koir Kebangsaan Malaysia merupakan gabungan persembahan Koir Kebangsaan dan Koir Remaja Kebangsaan Malaysia yang menghimpunkan elemen Jazz, Latin dan Raggae.

Konsert ini merupakan siri/ produk baru Koir Kebangsaan selepas Konsert Music Makers, Cintakan Kedamaian dan banyak lagi. Di samping itu, ianya bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan Koir Kebangsaan kepada masyarakat, dan memperbanyakkan produk baru Koir Kebangsaan Malaysia.

Ia membawa beberapa objektif iaitu, memberi pendedahan dan pengalaman di arena muzik koral bagi ahli koir juga peluang kepada masyarakat Malaysia menyaksikan persembahan koir yang bertaraf profesional. Seterusnya menambah bilangan peminat dan pencinta seni koir terutamanya golongan muda.

Bertitik-tolak daripada usaha yang dijalankan secara tidak langsung, mampu meningkatkan lagi apresiasi terhadap seni koir serta mewujudkan masyarakat yang kreatif.

Bukan sekadar sebuah persembahan, jenama Konsert No Wrong Notes juga mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai produk Koir Kebangsaan Malaysia.

Sebanyak 18 buah lagu dipilih dan digubah kepada elemen jazz, latin dan raggae , iaitu Gema Rembulan, Asmara, Sambaria, Tergeleng-geleng, Dan Sebenarnya, Dayung Sampan, The Pink Panther, Nature Boy, Kiss From A Rose, Bim Bom,
I’m Gonna Live Till I Die, Waltzing Matilda, Someone To Watch Over Me, La Cucaracha, Besame Mucho, Fugue In C Minor, The Quiero dan Senyum.

Syafinaz Selamat selaku Pengarah Vokal dan Pengarah Persembahan, membuat pelbagai improvisasi dlm membentuk nyanyian koir untuk menjadikan nyanyian koir menerusi Konsert No Wrong Notes ini lebih menarik.

“Gabungan kedua genre (jazz dan latin) di dalam satu konsert merupakan julung-julung kali dilakukan oleh Koir Kebangsaan. Oleh itu para pengikut kumpulan ini dapat menikmati muzik jazz dan latin yang berterusan selama satu jam setengah.

“Selain lagu-lagu yang sememangnya berunsurkan jazz, saya juga telah memilih beberapa lagu untuk digubah dalam muzik jazz seperti lagu popular ‘Dan Sebenarnya’ dan lagu rakyat ‘Dayung Sampan’. Begitu juga dengan muzik latin. Tentunya terdapat improvisasi dalam lagu-lagu jazz dan tetap dinyanyikan dalam bentuk berkumpulan.

“Terdapat juga 2 kumpulan kecil yang digelar kumpulan ‘Consort’ dimana bentuk nyanyian lebih mendorong kepada stail nyanyian ensemble.  Di samping itu kumpulan ini juga akan di iringi oleh band namun lebih bersifat akustik,” katanya.
Membabitkan seramai 55 peserta, konsert yang menampilkan Syafinaz Selamat selaku Pengarah Vokal dan Pengarah Persembahan ini, terbahagi kepada tiga sesi dan diadakan dengan menggunakan muzik iringan secara langsung (Live Band).

Sesi pertama membabitkan persembahan Koir Kebangsaan Malaysia. Manakala sesi kedua berkemungkinan besar menampilkan artis undangan seperti Salamiah Hassan, Nabil (Koir Pertama Seni) dan Solo Drum. Diikuti, sesi ketiga menyaksikan kehebatan persembahan Koir Kebangsaan Malaysia.

Konsert No Wrong Notes ini dipimpin oleh Mohd Amri Mohd Zin (Amri Zane) selaku konduktor sementara Tunku Marina Tunku Dato’ Zubir sebagai Pengarah Koir.

Tunku Marina menerusi kenyataannya, berkata, Konsert No Wrong Notes bukan sekadar nama akan tetapi punya terjemahan di sebaliknya.

“Ia merupakan sebuah quote dari pemuzik jazz terkenal iaitu Milles Davis. – “There are no wrong notes (in jazz music)”.
“Mungkin harmoni dalam muzik jazz agak asing bagi halwa pendengaran masyarakat Malaysia. Oleh itu quote ini dipilih atas dasar untuk mendedahkan kepada masyarakat bahawa sesebuah harmoni kemungkinan kedengaran pelik namun ia sebenarnya betul! Di samping itu ianya sebuah ‘tag line’ yang ‘catchy’ selain unik dan sekaligus menarik minat penonton untuk mengetahui pengisian dan repertoire yang akan diketengahkan.

“Sepanjang persembahan koir pada malam itu nanti, kami menggunakan perkhidmatan pemuzik profesional seramai 6 orang di bawah pimpinan Kusham. Di samping itu Syafinaz Selamat juga merupakan pengarah vokal dan penasihat kami yang akan memantau nyanyian serta persembahan koir.

“Konduktor yang akan memimpin koir ini juga, Amri Zane adalah orang lama dan cukup berpengalaman di dalam bidang vokal dan koir. Selain daripada menjadi seorang pensyarah di beberapa universiti tempatan, beliau juga merupakan seorang penyanyi professional yang kini mempunyai kumpulan paduan suara PUTERA (terdiri daripada 4 penyanyi lelaki) yang baru sahaja memenangi tempat kedua di dalam pertandingan BAKAT TV RTM.

“Bagi memastikan bunyi alat muzik dan nyanyian koir seimbang serta kedengaran amat jelas dan cantik kami juga menggunakan perkhidmatan Simon Khoo iaitu sound engineer yang pakar dan terkenal di dalam industri muzik,” katanya. katanya.Membabitkan tujuh orang pemuzik yang akan menghasilkan bunyian merdu daripada peralatan perkusi seperti Double Bass, Gitar Arkustik, Drum, Percussion, Trumpet, Trombone, dan Saxaphone, konsert ini turut mengundang pemain piano terkenal, Mohd Fairuz Zaman selaku Pemain Piano Iringan.

Berminat menyaksikannya, jangan ketinggalan menghadiri Konsert No Wrong Notes yang akan berlangsung pada 25 dan 26 November ini, jam 8.45 malam di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Masuk adalah secara percuma.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johnny Bravo Dances Back Into The Limelight In Bollywood

Gambar Neelofa Bersama Ibu & Adiknya