in

Konsert Mega Gegar Vaganza Malam Pertama Terbaik

Menonton persembahan mantap bintang ternama di malam pertama Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya yang berlangsung pada hari Jumaat di Istana Budaya memang terbaik!

Ini carta lagu yang Budiey suka:

1. Siti Nordiana – Kerana Terluka
2. Ezad Lazim – Alasanmu
3. Haiza – Segalanya Pasti
4. Fazli Zainal – Harapan
5. Siti Nordiana – Cinta Hanya Sandaran
6. Nassier Wahab – Memori Cinta Luka

Walaupun celoteh dua pengacara Nabil dan Jihan agak meleret namun, sekurang-kurangnya penonton yang membeli tiket mahal-mahal tu rasa berbaloi dengan 19 buah lagu yang disampaikan. Pendek kata, semua lagu yang bergema di Istana Budaya malam ini adalah lagu Leman yang super-leleh.

Sebagai kejutan, Dato’ Seri Vida membawa 12 orang pemain pasukan bola sepak Kelantan yang kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors ke pentas Istana Budaya. Turut hadir adalah orang kuat KAFA.

Budiey sempat menemubual beberapa penyanyi dan juga penaja utama Dato’ Seri Vida sejurus selepas konsert. Jangan lupa tonton video temubual di saluran Youtube Budiey.com

Terima kasih Fazli Zainal untuk tiket semalam.

Konsert Mega Gegar Vaganza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nuri, Zetty, Qody & Wanie Terpilih Jadi Protege dalam MENTOR MILENIA

Percutian Luar Negara Buat Kakitangan Cuckoo International