in

Konsert Mariah Carey Di Stadium Negara Oktober 2014

Bintang terkenal Mariah Carey bakal mengadakan persembahannya di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.

Penyanyi yang popular menerusi #Beautiful itu memilih Malaysia sebagai destinasi pertama dalam siri jelajahnya di negara Asia sebelum meneruskan aktiviti berkenaan ke Singapura, Filipina, China dan Jepun.

mariah-carey

Siri jelajah yang diberi nama Me. I Am Mariah Live In Malaysia 2014 ini adalah sebahagian daripada inisiatifnya untuk mempromosikan album terbaharu beliau iaitu Me. I Am Mariah… The Elusive Chanteuse yang dipasarkan pada Mei lalu.

”Rakyat Malaysia boleh bersedia untuk menyaksikan konsert yang berprestij ini selain melihat sendiri aksinya dalam mempersembahkan lagu-lagu yang tentunya meninggalkan kenangan,” kata penganjur acara berkenaan iaitu IME Productions dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan ini dijual dengan harga RM650, RM580, RM480, RM380, RM250 dan RM120.

Ia juga boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau menghubungi 03-9222-8811 dan 011-2316-6198 (IME Productions hotline).

15672822

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jelajah Oh My English Day Out Lebih Meriah

SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN Rahsia Kulit Datin Dr. Halina