in

Konsert Maher Zain di Sarawak November Depan

Konsert Maher Zain di Sarawak Pada 19 November 2011

13 September 2011: Kejutan menanti peminat Maher Zain di Sarawak apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Insya-Allah itu akan menghiburkan peminatnya pada November depan.

Dianjurkan oleh Marctensia Concerts, konsert yang dinamakan Maher Zain Live In Sarawak ini akan berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November depan pada jam 8 malam. Harga tiket yang dikenakan adalah RM103, RM203 dan RM303 dan pre-jualan tiket akan mula dijual mulai 19 September sehingga 2 Oktober. Sepanjang tempoh itu, peminat yang membeli tiket akan menikmati diskaun sebanyak 10% menerusi pembelian melalui online iaitu www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian TicketCharge 03-92228811. Untuk mendapatkan tiket VIP, peminat boleh menempahnya dengan menghubungi talian hotline Marctensia iaitu 03-20921199 atau emel kepada [email protected]

Memandangkan ini adalah julung kali Maher menjejakkan kakinya ke negeri Sarawak, pastinya konsert ini bakal menarik ramai peminatnya yang sebelum ini tidak berpeluang menyaksikan dua konsertnya yang diadakan di Kuala Lumpur. Dan apa yang pasti, penampilan sulung Maher di Sarawak nanti bukan saja memikat penonton tempatan tetapi juga bakal mengundang peminat dari negara jiran tetangga untuk sama-sama berhibur dengan penyanyi itu.

Tidak dapat dinafikan, sejak lagu Insya-Allah nyanyiannya mendapat sambutan, penyanyi berusia 30 tahun ini mempunyai ramai peminat dari seluruh pelusuk dunia. Buktinya, sejak membuka akaun di laman sosial Facebook dua tahun lalu, dia sudah berjaya mengumpul lebih dua juta peminat. Maher juga mencatat sejarah tersendiri apabila album Thank You Allah berjaya dijual sebanyak 120,000 unit dan dianugerahkan dengan enam anugerah platinum di atas kejayaan cemerlangnya itu di Malaysia. Pada tahun yang sama, dia dinamakan sebagai individu yang paling kerap dicari dalam enjin pencarian Google di Malaysia. Justeru tidak hairanlah Maher terus menjadi kegilaan peminat di negara ini.

Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari laman sesawang marctensia.com.my

Maher Zain Picture

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khas Hari Malaysia Filem Sarjan Hassan di RTM

Ulasan & Gambar Yuna Perform di Dewan Filharmonik PETRONAS