in

Konsert Lamb of God di Malaysia Dibatalkan

Setelah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didesak tidak membenarkan kumpulan muzik metal yang mempromosi sentimen antiagama, Lamb of God mengadakan persembahan di negara ini, akhirnya kumpulan Heavy metal itu tidak dibenar langsung mengadakan konsert di Malaysia.

[dropcap]N[/dropcap]otis ini dikeluarkan setelah satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, baru-baru ini. Larangan ini susulan keputusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menolak permohonan penganjuran konsert itu.

lamb of god

Menurut wakil NGO, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsa Alla Pitchay berkata, langkah itu penting memandangkan kumpulan dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) itu didakwa pernah menghina agama Islam dengan memperdengarkan bacaan ayat al-Quran pada permulaan persembahan mereka di Florida sebelum ini.

Menurutnya, umat Islam di negara ini harus senada dalam membantah konsert kumpulan tersebut yang dijadual diadakan di ibu kota pada 28 September ini.

“Pihak kami khuatir kumpulan seperti ini akan membawa kemudaratan kepada masyarakat, merosakkan akidah umat Islam dan mendedahkan agama Islam kepada lebih banyak penghinaan selepas ini.

“Ini sekali gus menyentuh sensitiviti umat Islam kerana ayat suci al-Quran adalah kalamullah yang perlu dihormati dan tidak sewajarnya diperlekehkan sebegitu dan dimainkan bacaannya pada keadaan konsert sebegitu.”

Persembahan Lamb of God yang dianjurkan Rockaway Festival pada 28 September ini akan diadakan di KL-Live, Jalan Sultan Ismail dan turut menampil beberapa kumpulan muzik lain termasuk pemuzik tempatan, Deja Voodo Spells.

Tiket konsert berkenaan yang berharga RM130 hingga RM170 dijual oleh Red Tix, sebuah syarikat milik Air Asia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Lemak Kampung Santan di Tonton Premium

Prema Yin Bakal Lancar Album Redefined