in ,

Konsert Koir Kebangsaan Kembara Muzikal Teater & Filem

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film) yang akan diadakan pada 23 & 24 November 2013, bertempat di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Konsert Koir Kebangsaan : Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film)  anjuran JKKN ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan beberapa konsert oleh Koir Kebangsaan Malaysia dan Konsert Jelajah Koir yang telah dilaksanakan oleh JKKN sejak tahun 2005. Antaranya Konsert Dir… Koir Kebangsaan Malaysia (2012), Konsert No Wrong Notes (2011), Konsert Music Makers (2010) dan Konsert In Love With Peace (Cintakan Kedamaian) yang telah diadakan sejak tahun 2009 lagi. Kejayaan Konsert Dir… Koir Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012 turut mendapat sambutan dan ucap tahniah daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tenku Puan Pahang Tunku Hajjah ketika jelajah ke Kuantan, Pahang pada 10 November 2012. Selain itu, beberapa konsert terus dirancang kepada Koir Remaja Kebangsaan pada tahun 2012 iaitu Konsert Mengapai Bintang bersama Simfoni Orkestra Remaja, dan juga Konsert Jelajah Koir Remaja Kebangsaan pada tahun 14 & 16 jun 2013 di Selangor dan Negeri Sembilan.

Konsert Koir Kebangsaan Kembara Muzikal Teater & Filem

Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film) memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu – lagu dari pentas teater berlandaskan lagu – lagu tradisional dan moden sekaligus mencabar kreativiti Koir Kebangsaan Malaysia dalam bidang koir sejajar dengan penubuhan koir kebangsaan ke 21 Tahun.

Menariknya pada konsert kali ini kerana menggabungkan artis jemputan bersama Koir Kebangsaan Malaysia berpadu suara di atas 1 pentas koir. Program ini merupakan platform bagi bakat-bakat muda dalam bidang seni suara professional untuk mengembangkan sayap mereka ke peringkat yang lebih global dan selaras dengan perkembangan arus muzik semasa tanpa meminggirkan keaslian kumpulan koir itu sendiri. Konsert ini memuatkan 19 produksi teater dan filem tanahair dan luar negara yang menampilkan 24 lagu. Program ini merupakan satu lagi usaha JKKN dalam menyemarakkan industri seni suara tanahair.

ARTIS JEMPUTAN

      i.         Syafinaz Selamat

     ii.         Rosnan Rahman

    iii.         Memento

  iv.         Vox Aurora

PRODUKSI TEATER & FILEM

Apa yang menarik, dalam konsert ini nanti, Koir Kebangsaan ini akan mengalunkan vokal harmoni mereka menerusi 19 buah lagu daripada produksi teater & filem tanahair dan luar negara. Menjanjikan kelainan, konsert ini turut menampilkan Teater Tradisional Mak Yong melalui lagu Mengadap Rebab yang merupakan acara buka panggung untuk teater tersebut dengan penampil Rosnan Rahman yang berkoboralasi penyanyi bersuara soprano Syafinaz Selamat dan ahli Koir Kebangsaan Malaysia. Kesemua lagu-lagu tersebut dipilih dengan teliti serta digubah semula dengan muzik yang lebih segar untuk disesuaikan dengan vokal Koir Kebangsaan Malaysia.

 

NO

TAJUK

1.

World Premier:Malay Musical:

Original Song :

NUANCE OF  REBAB FANTASYMAK YONG

Konsert Koir Kebangsaan Kembara Muzikal Teater & Filem

MENGADAP REBAB

2.

Song Title      :Musical          : TONIGHT, I FEEL PRETTY, MARIA & AMERICA MUSICALWEST SIDE STORY

3.

Song Title      :Musical          : THE IMPOSSIBLE DREAMMAN OF LA MANCHA

4.

Song Title      :Musical          : DON’T CRY FOR ME ARGENTINA & ON THIS NIGHT OF A THOUSAND STARSEVITA

5.

Song Title      :Film                  : PRETTY WOMANPRETTY WOMAN

6.

Song Title      :Film                  : DIAMONDS ARE A GIRL BEST FRIENDGENTLEMEN PREFER BLONDES

7.

Song Title      :Film    : SANDARKAN PADA KENANGANAZURA

8.

Song Title      :Musical          : DO RE MI & CLIMB EVERY MOUNTAINSOUND OF MUSIC

9.

Song Title      :Film                : LISTENDREAMGIRLS

10.

Song Title     :Film                 : SEDETIK LEBIHMERONG MAHAWANGSA

11.

Song Title     :Film  & Musical PUNCAK TERTINGGI & ASMARADANAPUTERI GUNUNG LEDANG

12.

Song Title     :Film               : ECCE HOMO QUE EST FABAMR. BEAN

13.

Song Title     :Film                 : JAMES BOND THEME SONGJAMES BOND

14.

Song Title     :Film                : PULANGKANPONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM

 

 

 

NO

TAJUK

15.

Song Title     :Musical        : CONSIDER YOURSELFOLIVER!

16.

Song Title     :Film                 : OMBAK RINDUOMBAK RINDU

17.

Song Title     :Film                : CHIU KAN TANG BUE BOPAPA, CAN YOU HEAR ME SING

18.

Song Title     :Musical        : PHANTOM OF THE OPERAPHANTOM OF THE OPERA

19.

Song Title     :Film                 : BALLEILAKKASIVAGI THE BOSS

PRODUKSI

Syafinaz Selamat bukan sahaja bertindak sebagai Jurulatih Vokal bagi konsert ini bahkan merupakan Pengarah Persembahan & Vokal serta dibantu oleh Pengarah Koir Kebangsaan – Tunku Marina Tunku Dato’ Zubir, Jurulatih dan Konduktor Koir – Amri Zane, Penolong Jurulatih/ Penolong Konduktor Koir Lilis Syafuza Mohd Yatim dan 41 ahli Koir Kebangsaan dan Koir Remaja Kebangsaan Malaysia.

Konsert Koir Kebangsaan Kembara Muzikal Teater & Filem

TIKET

Tiket bagi konsert ini boleh dibeli secara ’online’ di www.ticket2u.biz dengan harga hanya RM 30.00 sahaja & 50% diskaun kepada pelajar dan orang kelainan upaya dengan menunjukkan kad ID. Tiket boleh didapati di kaunter ticket2u di Istana Budaya atau dengan menempahnya di talian 03-41498600. Pihak Urus Setia turut menyediakan tiket sebelum konsert di Kaunter Media, Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, 109 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November 2013 bermula jam 3.00 petang.

BIL

AKTIVITI – AKTIVITI

TEMPAT / TARIKH

6.  Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem 

Tempat :

Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia.

 

Tarikh :

23 dan 24 November 2013

 

Masa :

8.30 mlm – 10.30 mlm

 

Tiket :

i.         RM30.00

ii.         50% diskaun kepada pelajar & orang kelainan upaya (OKU) – Pembelian melalui kaunter sahaja dengan menunjukkan kad ID pelajar atau OKU

(www.ticket2u.biz)

Konsert Koir Kebangsaan Malaysia : Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film) memaparkan repertoire  dan segmen nyanyian lagu – lagu dari pentas teater berlandaskan lagu – lagu tradisional dan moden sekaligus mencabar kreativiti Koir Kebangsaan Malaysia dalam bidang koir sejajar dengan penubuhan koir kebangsaan ke 21 Tahun. Untuk pembelian tiket boleh melayari dan membeli secara online menerusi www.ticket2u.biz

 

Konsert Koir Kebangsaan Kembara Muzikal Teater & Filem

      

SEGMEN 1 

  1. World premier : NUANCE OF  REBAB FANTASY

Malay musical : MAK YONG (Original song : Mengadap Rebab)

Song writer : Fairuz Zamani

  1. Song title : TONIGHT, I FEEL PRETTY, MARIA & AMERICA Musical : WEST SIDE STORY

Song writer : Leonard Bernstein

Lyricist : Stephen Sondheim

  1. Song title : THE IMPOSSIBLE DREAM

Musical : MAN OF LA MANCHA

Song writer : Mitch Leigh

Lyricist    : Joe Darion

Arranger : John Leavitt

  1. Song title : DON’T CRY FOR ME ARGENTINA & ON THIS

NIGHT OF A THOUSAND STARS

Musical : EVITA

Song writer : Andrew Lloyd Webber

Lyricist   : Tim Rice

  1. Song title : PRETTY WOMAN

Film : PRETTY WOMAN

Song writer : Roy Orbisson & Bill Dees

Lyricist   : Roy Orbisson & Bill Dees

Arranger : Alan Billingsley

  1. Song title : DIAMONDS ARE A GIRL BEST FRIEND

Film : GENTLEMEN PREFER BLONDES

Song writer : Jule Styne

Lyricist   : Leo Robin

Arranger : Mark Hayes

  1. Song title : SANDARKAN PADA KENANGAN

Film : AZURA

Song writer : M.Nasir

Lyricist :

Arranger : Fairuz Zamani

  1. Song title : DO RE MI & CLIMB EVERY MOUNTAIN

Musical : SOUND OF MUSIC

Song writer : Richard Rodgers

Lyricist   : Oscar Hammerstein II

9. Song title : LISTEN

Film : DREAMGIRLS

Song writer : Henry Krieger

Lyricist    : Scott Cutler & Anne Preven

Arranger : Mark Brymer

  1. Song title : SEDETIK LEBIH

Film : MERONG MAHAWANGSA

Song writer : Edry Abd Halm

Lyricist     : Edry Abd Halim

Arranger : Fairuz Zamani

  1. Song title : PUNCAK TERTINGGI & ASMARADANA

Musical & Film : PUTERI GUNUNG LEDANG

Song writer  : Dick Lee / Edry Abd Halim

Lyricist : Adlin Aman Ramli /

Arranger : Fairuz Zamani

INTERMISSION (15 Minit) –

Sedutan Konsert Dir… Koir Kebangsaan Malaysia 2012

 

SEGMEN 2

  1. Song title : ECCE HOMO QUE EST FABA

Film : MR. BEAN

Song writer : Howard Goodall

  1. Song title : JAMES BOND THEME SONG

Film : JAMES BOND

Song writer : Monty Norman

Arranger : Jay Althouse

  1. Song title : PULANGKAN

Film : PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM

Song writer : Ajai

Lyricist   : Habsah Hassan & Shuhaimi Baba

Arranger : Fairuz Zamani

15.       Song title : CONSIDER YOURSELF

Musical : OLIVER!

Song writer : Lionel Bart

Lyricist    : Lionel Bart

Arranger : Norman Leyden

16.       Song title : OMBAK RINDU

Film : OMBAK RINDU

Song writer : Norzaidi Abd Rahman

Lyricist : Sharad Sharan

Arranger : Fairuz Zamani

17.     Song title : CHIU KAN TANG BUE BO

Film : PAPA, CAN OU HEAR ME SING

Song writer : Shi Ru

Lyricist :

Arranger : Fairuz Zamani

 

18.        Song Title : PHANTOM OF THE OPERA

Musical : PHANTOM OF THE OPERA

Song writer : Andrew Lloyd Webber

Lyricist     : Charles Hart & Richard Stilgoe

19.        Song title : BALLEILAKKA

Film : SIVAGI THE BOSS

Song writer : A.R. Rahman

Lyricist    : A.R. Rahman

Arranger : Ethan Sperry

PROFIL

Konsert Koir Kebangsaan Kembara Muzikal Teater & Filem

PENGARAH KOIR KEBANGSAAN

Tunku Marina Tunku Dato’ Zubir telah berkhidmat sebagai Pengarah Koir Kebangsaan semenjak 1995, mula berkecimpung di dalam bidang ini sebagai salah seorang ahli Koir Kebangsaan Malaysia. Graduan Ijazah Sarjana Muda Muzik UiTM serta Ijazah Sarjana Perniagaan Dan Pentadbiran (MBA) dari Ohio University, Amerika Syarikat ini, kini juga berkhidmat sebagai pengurus kepada penyanyi soprano Malaysia, Syafinaz Selamat serta merupakan pensyarah jemputan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik.

PENGARAH ARTISTIK & VOKAL

Syafinaz Selamat, graduan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari jurusan Muzik pengkhususan dalam vokal dan piano telah berkecimpung di dalam bidang nyanyian semenjak dari zaman kanak – kanak. Bersuara coloratura soprano, beliau sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam dan luar Negara. Sebagai penyanyi berpendidikan tinggi, beliau merupakan juri yang disegani dan sering dijemput untuk mengadili pertandingan-pertandingan nyanyian  dan program-program realiti. Pada tahun 1999 beliau telah memenangi pingat emas di dalam kategori R&B/Pop/Rock/Kontemporari di pertandingan World Championship of Performing Arts di Los Angeles. USA.  Di samping itu beliau juga merupakan pensyarah jemputan di Uitm dan Aswara serta penasihat dan pengarah vokal Koir Kebangsaan Malaysia

KONDUKTOR / JURULATIH

Amri Zane, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di dalam pengkhususan Vokal. Mula berkhdimat sebagai Konduktor Koir Remaja Kebangsaan pada tahun 1996 sehingga 2000 dan seterusnya dilantik untuk menjadi konduktor Koir Kebangsaan Malaysia pada 2004 sehingga kini. Disamping itu beliau juga bertugas sebagai pensyarah jemputan di beberapa buah pengajian tinggi di sekitar Lembah Kelang seperti di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dan Universiti Teknologi MARA.

PENOLONG KONDUKTOR / JURULATIH

Lilis Syafuza Mohd Yatim pemegang Diploma Seni Muzik, dan juga Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Persembahan), Universiti Teknologi Mara (UiTM). Merupakan anak didik guru vokal ternama seperti Siti Chairani Proehoeman, Syafinaz Selamat dan juga Cecelia Yap. Syafuza juga merupakan penolong konduktor dan jurulatih teori dan solfege Koir Remaja Kebangsaan dan sering dilantik sebagai jurulatih koir di agensi kerajaan dan swasta dan sekolah – sekolah muzik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak Kini Miliki Restoran Burgerbyte

Safi Fair Beauty Kunci Keyakinan Anda