in

Konsert Kemuncak Suria FM 2010

Pada 25 Jun lalu, Budiey dijemput dan berkesempatan hadir di Sidang Media Konsert Kemuncak Suria FM 2010 yang diadakan di Studio V, One Utama pada jam 4 petang.

Rasanya kepada peminat dan pendengar Suria FM sudah pun sedia maklum tentang konsert ini. Ya, bak kata orang kuat Suria FM, kosongkan diari anda kerana ia pasti akan mengegarkan hidup anda.

Selain dari semua penyampai Suria FM, One Nation Emcees juga turut hadir sebagai tanda sokongan mereka kepada Suria FM. Dengarnya, One Nation Emcees juga sedang merancang untuk membuka sebuah studio. Wah, semakin bertambah rezeki ONE.

Suria FM juga rasa bertuah kerana mendapat sokongan daripada para penaja. Di majlis sidang media ini, wakil penaja seperti Coway, Daia, Prego dan Firm Up turut hadir memeriahkan majlis.

Konsert Kemuncak Suria FM 2010 yang bakal diadakan pada 24 Julai ini akan menjanjikan kelainan selepas siri jelajah ‘Suria FM Rancak Tour’ yang diadakan akhir tahun lepas.

Konsert Kemuncak ini adalah konsert terbesar anjuran Suria FM. Pernah diadakan pada tahun 2007 lalu di Bukit Jalil dan kalau masih ingat, ketika itu ramai sekali artis dari Indonesia. Masa tu Suria FM tak lagi popular. Baru nak merangkak. Tapi sekarang, Suria FM dah makin hebat tambahan lagi sekarang macam-macam promo untuk menaikkan rating. Terutama sekali untuk geng Facebook, masing-masing dah melekatkan gambar profile di Facebook kerana dah Demam Facebook. Sebanyak RM20,000 ditawarkan kepada pendengar Suria FM. Dengarnya setiap pemenang Demam Facebook akan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Tuah & Myra… diorang ni macam adik beradik jek. 🙂

Okay, kita tinggal seketika pasal Demam Facebook sebab entri ini khusus untuk Konsert Kemuncak Suria FM.

Konsert tersebut turut membariskan artis-artis terkenal tanah air seperti Anuar Zain, Aizat, Hattan, Kumpulan Slam, Black Mentor, One Nation Emcee, Jinbara, Akim, Mawi dan ramai lagi. Dalam pada itu, bagi menghangatkan lagi konsert tersebut, Mini Kemuncak Suria FM akan diadakan di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Johor pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Julai.

Peminat artis juga berpeluang untuk mendapatkan pas hadapan pentas bagi menyaksikan konsert tersebut.

Menurut Pengarah Program Suria FM, Hawa Abdul Hamid, Konsert terbesar yang dianjurkan itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat stesen radio itu yang kian bertambah.

“Dari kajian terbaru pendengar Suria FM semakin meningkat jadi sebagai tanda penghargaan dan sekaligus ingin merapatkan lagi hubungan antara penyampai dan peminat.

“Banyak aktiviti dan pengisian yang sedang dirancang untuk memastikan acara bersejarah ini menjadi satu pengalaman yang terbaik.

“Sebelum acara kemuncak, mini konsert juga akan diadakan bagi menarik peminat yang bertuah untuk bersama-sama dengan penyampai Suria FM dalam acara kemuncak nanti,” jelasnya.

Budiey lihat perancangan demi perancangan diaturkan demi memastikan konsert ini berjalan lancar dan pastinya menjadi konsert yang terbaik.

Mini Konsert Suria FM juga merupakan salah satu aktiviti Suria FM sebelum menjelangnya Konsert Kemuncak Suria FM di mana ia merupakan siri jelajah Suria FM di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Johor di sepanjang hujung minggu di dalam bulan Julai. MKS turut membawa beberapa artis yang akan menjayakan konsert kemuncak yang akan datang.

Selain persembahan artis, MKS juga membawakan perkhabaran baik buat semua yang hadir pada siri jelajah itu dengan memberikan pas hadapan pentas untuk konsert kemuncak nanti.

Bagi memeriahkan lagi Konsert Kemuncak Suria FM 2010 itu nanti, krew Suria wheels Suria FM juga mengadakan jelajah mereka di kawasan Utara dan Selatan untuk mengadakan sesi uji bakat buat orang ramai yang ingin naik ke pentas dan menyanyi atau menari bersama artis kesayangan mereka di Konsert Kemuncak itu nanti.

Hanya seorang sahaja yang bertuah akan dipilih dan diberikan peluang naik ke pentas. Ini merupakan peluang yang jarang diperolehi oleh sesiapa dan ia juga merupakan peluang yang sangat berharga.

Selain itu, Suria FM mengumumkan juga akan mengadakan kembali peraduan Lagu Berduit selama 2 minggu untuk memberi penghargaan kepada pendengar setia Suria FM. Dengan konsep yang sama seperti terdahulu, Suria FM mempertaruhkan wang tunai sejumlah RM50,000 untuk dimenangi.

Cuma yang menjadi kelainannya ialah semua lagu live yang diputarkan adalah melalui rakaman dari lagu-lagu semasa konsert itu dijalankan. Peraduan Lagu Berduit ini akan bermula pada 26 Julai 2010 iaitu dua hari sejurus tamat Konsert Kemuncak Suria FM 2010.

DJ Lin Suria Cinta

Zizi & Lin sebagai hos

Orang kuat Suria FM yang baru, siapa tak kenal dengan Abang Subi

Penaja dari Coway

Penaja dari Firm Up

One Nation Emcees

Bob Ringgo

Tuah Zulkarnain

Lin Suria Cinta

Halim Othman

Naim

Zizi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ella Bersedia Untuk Konsert Ella Istana Budaya

Malique Cuba Lagi Dengan 2010 Masih Hip Hop