Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Konsert Jelajah Dewa 19 Duet Ella, Rabbani, Sheila Majid, Mulan



Band dari Indonesia Dewa 19 akan berduet dengan Ella, kumpulan Jinbara, penyanyi jazz Sheila Majid dan Rabbani dalam Konsert Jelajah Malaysia Dewa 19 2007 yang telah pun bermula 15 Disember lalu. Selain itu, Dewi Dewi dan Mulan Kwok juga akan turut sama menyertai konsert jelajah lima buah negeri di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Band yang popular dengan lagu “Dewi” ini bakal mengadakan Pada 15 Disember lalu, konsert pembukaan Dewa telah pun diadakan di negeri Sabah bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Katanya memang happening giler!

Ella pernah berduet buat kali kedua dengan Dewa 19 selepas Konsert Malindo tahun lepas. Penjelajahan mereka akan diteruskan ke Stadium Perpaduan, Kuching pada keesokan harinya dan waktu yang sama. Di Sarawak, peminat hanya dapat menonton Dewa 19 beraksi tanpa artis jemputan dengan dendangan 27 buah lagu hits mereka. Pada 17 Disember jam 8 malam, Dewa 19 berubah arah ke Semenanjung Malaysia dengan mengadakan persembahan di Komtar-Geodesic Dome, Pulau Pinang. Keesokan harinya, Dewa beraksi di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bharu MBJB, Johor Bharu. Harga tiket bagi penonton di Sabah, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang dijual pada harga RM30 sahaja manakala di Kuala Lumpur dengan harga berbeza iaitu RM30, RM50 dan RM80. Penaja lain terdiri daripada minuman Extra Joss, syarikat penerbangan Garuda Indonesia, syarikat rakaman EMI Music Malaysia, Clockwork Records, Hotel Grand Millenium Kuala Lumpur, Sutera Harbour Sabah, Merdeka Palace Sarawak dan Hotel Selesa Johor Bharu, Pulse Ultra Club, Waroeng Penyet, Restoran Singgah Selalu dan Sundanese Food dan pakaian Crazecausa. Dengan pembelian tiket, peminat boleh mendapatkan hadiah istimewa dari Celcom iaitu pek permulaan XPax atau kupon tambah nilai sebanyak RM10 bersama dengan poster ekslusif Dewa 19.

Pada 22 Disember (Sabtu ini), persembahan Dewa 19 menampilkan Sheila Majid disertai oleh kumpulan nasyid Rabbani dan bekas anggota kumpulan Ratu, Mulan Kwok. Ella ada tak? Kalau ada Ella lagi happening. Bagi penonton yang tidak berpeluang menyaksikan konsert ini secara langsung, pihak penganjur akan merakam perjalanan konsert di Kuala Lumpur dan dijual dalam bentuk DVD dan VCD manakala negeri-negeri lain akan diambil beberapa syot dan digabung menjadi satu rakaman yang dipanggil “The Journey of Malaysia Tour”.

Bagi yang berminat untuk menonton Konsert Jelajah Malaysia Dewa 19 2007 di lima buah kota, dapatkan tiket di talian 013 3030262 atau 013 3111919.

[tags]konsert dewa, jelajah malaysia, tour malaysia, dewa dewi, Celcom, menaja konsert, zalman, Aku Cinta Dia dan Kamu, Sinaran, konseptual, bintang lima, mulan kwok[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sheila Majid Berduet Bersama Dewa 19
  • Sheila Majid Berduet Dengan Chandra
  • Trivia Album Raya Paling Mahal di Dunia
  • Konsert Amal Sheila Majid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • Gambar Sheila Majid di Pelancaran Sinaran Raya 2010 Pavilion KL
  • TV3 Terbitkan Program Ustaz Asri Dalam Kenangan
  • Gelagat Peminat di Rakaman Konsert Sheila Majid
  • Album Raya Sheila Majid MEMORI AIDILFITRI
  • Sheila Majid Buat Konsert Mega di Indonesia & Singapura
  • Rakaman Konsert Aku Cinta Padamu Sheila Majid Anuar Zain



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK