Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Konsert Janice My First Concert in Malaysia 2008 by Channel X Celcom



Sebelum sidang media Peterpan, pada jam 4 petang semalam (10 April 2008), Budiey mengikuti satu sidang media Konsert Pertama Janice di Malaysia 2008 di KL Hilton, Sentral Link. Sampai sana seawal jam 3.30 petang dan dewan kecil itu padat dipenuhi dengan media yang rata-ratanya adalah Chinese. Hos sidang media juga banyak bercakap dalam bahasa Cina dan Budiey rasa tak patut sebab ada media yang tak faham.

Turut hadir Naib Presiden Bahagian Pemasaran Celcom iaitu Encik Zalman Aefendy Zainal Abidin, Pengurus Pemasaran Galaxy Group; Ms Pheonne Loh dan penyanyi Janice yang diterbangkan dari Hong Kong. Ketiga-tiga mereka dijemput untuk berucap sepatah dua kata.

Kemudian ada sesi penukaran mementos iaitu berupa poster konsert yang siap ditandatangani oleh Janice. Tidak lupa sesi foto untuk para juru gambar yang hadir.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Celcom telah menerbangkan artis Cina ke Malaysia. Dulu pernah artis popular Taiwan Wang Lee Hom, Mayday dan JJ Lin ditaja oleh Celcom untuk menghiburkan peminat mereka di Malaysia.

Mungkin ramai pembaca tidak tahu siapa itu Janice. Gadis manis ini adalah penyanyi dari Hong Kong berdarah campuran Filipina, China dan Korea. Nama Cina untuk Janice ialah Wei Lan. Janice muncul antara salah seorang penyanyi baru di Hong Kong dan Asia. Mengambil genre muzik campuran Cantopop, Jazz dan R&B. Janice boleh menyanyi dalam bahasa Inggeris, Chinese dan Mandarin. Bakatnya dicungkil oleh seorang penerbit dari Hong Kong bernama Mark Lui.

Telah melahirkan debut album Day & Night pada 13 April 2005 dan 25 November 2005 pula Janice telah melahirkan album kedua berjudul My Love.

Channel X Celcom akan mempersembahkan Konsert Janice My First Time Concert in Malaysia 2008 pada Hari Buruh 1 Mei 2008 di Stadium Merdeka jam 8 malam. Sempena konsert ini, Celcom telah menawarkan tiket percuma dan poster eksklusif kepada pelanggan. Apa yang perlu dibuat ialah dengan menghantar SMS. Taip JANICE dan hantarkan ke 28881 dan reload RM30. Kepada pelanggan Xpac yang baru pula, anda boleh mendapat tiket percuma dengan belian Xpac Starter Pack dan reload RM40.

Kepada semua peminat Janice, tiket boleh dibeli dengan harga RM358, RM268, RM178 dan RM88 di Tiket Axcess atau melalai Galaxy Hotline 03 22822020. Log on to www.galaxy.com.my.

Janice meluru masuk dalam Dewan Sidang Media

Menandatangan poster untuk Celcom

[tags]Channel X, Celcom, Konsert Janice, My First Concert in Malaysia 2008, kl hilton, sentral link, chinese, Zalman Aefendy Zainal Abidin, Pheonne Loh, Galaxy Group, Wang Lee Hom, Mayday, JJ Lin, mark lui, day, night, tickits, axcess[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • The Janice Dickinson Modeling Agency
  • CELCOM SUSPENDS 100DAYS 100CARS CONTENT PROMOTION
  • Tonton Filem CUCI & Dapat 50 SMS Percuma!
  • Konsert Jelajah Malaysia Search Di Awan Biru – Tribute Concert Tour
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Abbey dan Janice: Beauty and the Best di 8TV
  • Konsert Ke-3 Search Di Awan Biru Kini Tiba di Jengka
  • THE JANICE DICKINSON MODELING AGENCY
  • The Janice Dickinson Modeling Agency Season 3 di 8TV
  • Konsert Search Berpindah Tempat ke BUKIT KIARA Equestrian & Country Resort



  • Satu Komen untuk entri “Konsert Janice My First Concert in Malaysia 2008 by Channel X Celcom”

    1. shuttertalk kata:

      For more Janice My First concert live in Malaysia 2008 pictures, feel frr to visit my blog

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK