Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma
Pada 20 dan 21 April yang lalu telah berlangsung Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma oleh Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya. Agak terkilan juga, saya tidak berkesempatan untuk ke sana. Kepada Mazen, terima kasih sebab mengajak saya ke sana. Rasanya untuk 2 malam persembahan, dah tentu tiket cepat dan laris dijual. Mana sempat nak pergi beli dah. Sebenarnya, saya tidak tahu menahu tentang persembahan Siti Nurhaliza tersebut. Mazen lak yang tolong ingatkan. Nampak sangat kan, saya tidak alert lagi tentang perkembangan terkini Datuk Siti Nurhaliza. Cinta beralih arah, mungkin.

Tanpa publisiti dan promosi yang tidak segah dan sehebat mana, ternyata ramai peminat tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma oleh Datuk Siti Nurhaliza. Kira konsert ini berjaya mencapai matlamat sebenar. Anyway, ada pembaca yang pergi tak? Kalau ada, bolehlah ceritakan pengalaman di sini.
Nama dah konsert tribute untuk Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma, sudah tentu lagu-lagunya pun daripada nyanyian kedua-dua seniman teragung ini. Kredibiliti, bakat dan pengalaman yang ada pada Siti Nurhaliza sudah cukup matang untuk memberikan kelainan pada persembahannya. 30 lagu dinyanyikan. Puas hati kan?
Musly Ramlee dan Fazli Zainal menjadi antara penyanyi bertuah kerana dapat berduet dengan Siti Nurhaliza pada malam itu. Musly Ramlee memang dari dulu lagi mempunyai suara yang hampir sama dengan meniru gaya P. Ramlee. Berduet dengan Siti untuk lagu Dalam Air Ku Terbayangmu, Di Mana Suara Burung Kenari dan Gelora.
Manakala, Fazli Zainal pula penyanyi baru yang bersuara JANTAN yang dikatakan boleh bersaing rapat dengan Anuar Zain. Kalau Sean Ghazi tidak menolak tawaran ini, mungkin show akan lebih gempak. Vokal Sean Ghazi lebih macho dan punya aura yang hebat. Saya pernah mendengar Sean Ghazi membawa lagu P. Ramlee, Jeritan Batinku dengan iringan orkestra. Memang power habis lah! Fazli berduet dengan Siti untuk lagu Itulah Sayang, Malam Ku Bermimpi dan Saat Yang Bahagia. Fazli secara solo membawa lagu Hujan Di Tengah Hari.
Siti Nurhaliza mengaku ada kesilapan semasa persembahan. Alasan masa sebulan untuk persediaan itu sangat pendek. Kesian kat Siti… sampai terlupa untuk menyebut nama tetamu VIP yang hadir.
Saya sebagai peminat picisan hanyalah menunggu rakaman konsert berbentuk VCD keluaran Siti Nurhaliza Production yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Trivia:
- Tiket habis sehari sebelum konsert berlangsung. Takde can la Mazen!
- Ada seorang hamba Allah membeli 98 keping tiket dan diberi penghargaan khas oleh Datuk Siti Nurhaliza pada malam itu.
- Siti menggunakan skrip yang sama ketika konsert tribute untuk Allahyarham Sudirman iaitu “Saya tidak kenal karya P. Ramlee…”
- Sketsa menarik dari kumpulan Isketambola yang cuba mengimbau kenangan penonton terhadap filem favorite Siti Nurhaliza iaitu Labu dan Labi.
- Siti turut berlakon di pentas Istana Budaya dengan babak antara Cikgu Shaari dan Norkiah dalam filem Masam-Masam Manis.
- Ada temuramah dengan orang terdekat dengan allahyarham seperti Aziz Satar atau Pak Aziz turut berkongsi cerita menarik mengenai P Ramlee.
- Turut menyanyi, Adik Allahyarham Puan Sri Saloma, Mimi Loma yang aktif dalam bidang seni suara bermula pada 1961 dan pernah membintangi filem Ahmad Albab arahan P Ramlee.
- Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza ialah Bila Larut Malam, Pesta Muda Mudi, Airmata Di Kuala Lumpur.
[tags]Konsert Istana Cinta Nostalgia, Siti Nurhaliza, Fazli Zainal, Tan Sri P.Ramlee, Puan Sri Saloma[/tags]
Berikut foto-foto sepanjang konsert berlangsung.







Kredit sumber: Harian Metro | Kredit foto: Utusan
Tags: Fazli Zainal, Konsert, Sean Ghazi, Siti Nurhaliza
Tags: Fazli Zainal, Sean Ghazi, Siti Nurhaliza, Ulasan, Konsert Istana Cinta Nostalgia, Puan Sri Saloma, Tan Sri P.RamleeClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 24th, 2007 at 11:30 pm
kemaen tau statement! cinta beralih arah! haha
April 24th, 2007 at 11:54 pm
Affanazami, await tak habaq nak pi tgk Jangan Pandang Belakang di Mid Valley… kalau tak boleh jumpa.
Anyway, yang menarik pada siti sekarang ni, cuma Budiey suka tengok transformasi Siti dari remaja kepada bini orang… dari kurus kepada badan yang sedikit tembamm… semua pakaian yang dipakai masa konsert P. Ramlee… semuanya menggheliiiiiiiit! Wow! Menghelit! (pinjam trademark Dekna sat no)
April 25th, 2007 at 3:07 am
Baguslah Budiey, Siti semakin SIHAT…kl kurus sangat pun tak cantik…nanti org ckp DK tak pandai jaga bini…hehe…
Nie konsert ketiga Siti yang sy tak dapat datang…yg first tue Konsert Bukit Jalil 1999, second tue yang Konsert Fantasia Tour..tapi for sure keluar VCD punya nie…Siti..I lap u!!
April 25th, 2007 at 7:51 am
cantik baju ct especially yg color turquoise & silver tu. mmg meghelit. tp tak cun arr kalau ct terlalu tembam.
April 25th, 2007 at 8:34 am
mazen tak dpt pegi pun…. dpt sumber dr member tiket dah abis. mazen lupa la nak beli awal2. tunggu vcd or dvd siti kuar la. mazen beli sepuloh. plastik jer la beli sepuloh. he he he….
April 25th, 2007 at 9:03 am
f41dh1, for me… Siti kurus ke, tembam ke, rasanya Datuk K sayang kat dia kot… ramai penyanyi bila dah kahwin, tak boleh nak nyanyi live. Ada yang semput, tak boleh nyanyi nada tinggi… apasal ek?
Kak Ira, rasa semua baju siti yang ni direka oleh Michael Ong kot…
Mazen, thanks mazen sbb ingatkan Budi. Tapi tu lah… hari tu ada gak orang Istana Budaya jemput pi majlis pelancaran konsert nih… Mungkin diorang tak jemput Budi sbb Budi tak attend majlis tu kot…
April 25th, 2007 at 11:41 am
masih ganggu lagi.. tak tau nak buat camana nak kekang dia dri terus mengganggu… sekarang dia serang komen lak.. nasib baik kene approve dulu kalau tak semua orang akan baca… nak report polis pon payah sebab.. entah lar
April 27th, 2007 at 12:00 pm
aa…saye pi malam tu…mmg best sangat… mase siti nyanyi jeritan batinku,rase sebak sangat dengo suare siti..siap dengan dierang tunjuk scene p ramlee berlakon cite ibu mertuaku, lagi la bergenang air mate ni..tapi mase tu kontrol lagi, takut org gelak tgk..pastu saye pandang pakcik tepi saye ni, dah meleleh2 air mate dier…adeh! sedeh sangat kot! huhuhuh…ape2 pon, best mlm tuh!
September 30th, 2007 at 10:32 am
ala..kenapala tak cakap awal-awal ada konsert tu.saya nak tenguk sangat.ada disiarkan dlm tv tttak konsert siti tu?