Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Inul Daratista Hampir Pengsan Konsert Ditunda



Inul Hampir Pengsan

Pada 18 Julai lalu, sidang media tergempar pembatalan Konsert Inul Daratista telah diadakan di Hotel Concorde. Selain Inul, turut hadir, penaja konsert, Strategic Wealth Management (SWM), Pengurus SWM, Jomali Rusdi; Pegawai Perhubungan Awam PT MSI, Mona Sari Hassan; Pegawai Perhubungan Awam SWM, Meriam Hussin dan Pengarah IMS, Marshall Ahmad.

Konsert Inul dibatalkan kerana Pejabat Daerah Johor Bahru tidak meluluskan permit dua hari sebelum konsert berlangsung. Konsert yang sepatutnya diadakan malam di Larkin semalam telah dibatalkan tanpa alasan dari pihak berkuasa. Mungkin sebab imej Inul yang ada unsur erotik dalam gerak tariannya.

Inul atau Ainur Rokhimah Abdullah Aman, 29, yang ternyata tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pembatalan itu. Pihak penganjur dan penaja pula katanya kerugian RM300,000. Walaubagaimanapun, tiket telah direfund dan khabarnya pada 27 Julai ini, konsert Inul akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Inul kata:

“Saya merasakan usaha saya hanya sia-sia. Apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini. Mungkin dugaan Tuhan untuk menguji keimanan saya. Pun begitu, saya tetap ingin mendengar penjelasan sebenar. Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya-Allah.”

Wanita kelahiran Pasuruan, Jawa Timur, itu tidak menyangka pembatalan konsertnya di negara ini sebab berdasarkan liputan media tempatan dan penerimaan masyarakat Malaysia terhadap dirinya sebelum ini sangat bagus.

Memang dramatik sangatlah… Tambahan lagi sewaktu sidang media berlangsung, pembantu peribadi Inul, Siska sempat menghubungi pengurus Inul yang juga suaminya, Adam Suseno, bagi memaklumkan pembatalan konsert itu. Sidang media tidak ubah seperti satu medan pujuk memujuk… negotiate.

Konsert Inul di Stadium Putra pada 27 Julai ini

Oleh kerana bersimpati dengan peminat Inul yang sudah membeli tiket, mereka meneruskan juga konsert walaupun terpaksa bertukar lokasi dan menundanya kepada 27 Julai.

Bagi yang sudah membeli tiket boleh menggunakan tiket sama di Stadium Putra. Mereka yang ingin membeli tiket harganya RM50 dan RM100. Setakat ini, sudah 25,000 tiket terjual dan disebabkan itu, pihak penganjur amat mengharapkan Inul memaafkan segala yang berlaku dan memberikan kerjasama bagi konsert pada 27 Julai ini.

[tags]gambar inul, pengsan, pained, diva, irma, stadium putra, video, 9a1 students, bayi artis, bintang popular, gambar bayi vie shantie, mp3, 3gp video, how to get into cambridge university, keeble college, linda raffar, maybank2u. cimbclicks[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Konsert Inul Daratista Di Stadium Putra Dibatalkan
  • KONSERT INUL DARATISTA LIVE IN JB
  • Konsert PERCUMA Dewa 19 dan Inul Daratista @ KL LIVE
  • Marshal Anwar SEMAKIN FOBIA
  • Konsert SEARCH Di Awan Biru di Kuala Terengganu Ditunda
  • Konsert Altimet Live Sepang Circuit
  • Konsert Kenangan Sudirman
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah Konsert Tribute P.Ramlee
  • Konsert Pertama Rossa di Esplanade Singapura
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru



  • 17 Komen untuk entri “Inul Daratista Hampir Pengsan Konsert Ditunda”

    1. faizal kata:

      kesian ye inul……………….

    2. anak.. kata:

      wakakkakakaka… padan muka!!!!

    3. kita kata:

      ermmm padan muka dia

    4. obefiend kata:

      lain kali stop dressing like a whore. karma is a bitch sometimes. just look at her concert poster. she looks like Jenna Jameson. No doubt selling her sexuality to push tickets

      if malaysian singer can be banned for “buka baju masa konsert” i dont see why a concert can’t be cancelled for using sex as a selling point

      syabas MPJB! bangga jadi orang johor!

    5. Padi kata:

      hehehe kecian inul, pengurus johor tak profesional, kalau memang nak cancel.. dari awal la cancel.. jangan orang dah datang sana baru nak cancel… tak profesional!
      tak pe inul… insyaAllah rezeki ada dimana2
      kalo inul jual keseksian.. apa bedanya dengan fasha sanda, fazura eeehhh… sama aja!

    6. bah kata:

      walau pun kesian, tapi bagus lah. ada hikmah dan pengajaran.

    7. Jrumenka kata:

      oooiii obefiend..kata org johor… not MPJB but MBJB le..dah bertahun tukar tau… tak peka langsing… ore johor ciplak ke?….

      mmg bagus MBJB buat cam tu… permit belum lulus ..sapa suruh dah iya-iya…. padan muka semua… jgn nak kata Pengurus MBJB tak betul, tak sporting…. kelulusan belum dikeluarkan ….. yg depa(inul&konco2nya) gi buat promosi satu M’sia wat pe….cam le…org johor tu suka sangat dgn dangdut bodoh dia tu…. lagi2 org indo…

      -anak angkat johor-

    8. Jgn Nakai... kata:

      manusia berpegang pada janji …kalo nk cancel,dr awal bagitaula…
      menyusahkan org jerk…

    9. Baby Girl kata:

      Ada hikmah disebalik ye.. mungkin jugak takot peminat fanatik inul buat hal.. Biasa la kan kalau inul buat konsert mesti ada gelek gerudi dia tu.. hehe..

    10. obefiend kata:

      mpjb mbjb

      same shit..

    11. xdpe kata:

      mmg patut dan patut konsert yg sedemikian tidak dibenarkan bukan saje kat jb satu malaysia….

    12. Lu pikir la sendiri... kata:

      kalau lah aku yg pakai baju hitam tu…. peghhh..

    13. nita kata:

      sesuailah dicancel semua program yg melalaikan sempena bulan rejab yg mulia ini…

    14. loli kata:

      jgn nak melekakan org msia ni dgn hiburan yg haram dan gelek gerudi yg nampak sgt membelakangkan aurat keislaman. melayu dah sedar dan benci dgn imej maksiat inul tu. org indon je yg suka.

    15. omong kosong kata:

      bagus lagi inul yang buat pekerjaannya depan2 daripada artis2 malaysia yang memakai tudung tetapi melakukan maksiat!!!pirahhhhhhhh…….

    16. adekepatut kata:

      masa aku tgk kat melodi tu…aku tgk inul menangis mcm nak gila….ingatkan ada saudara mara yg mati….rupa2nya sbb konsert dibatalkan ajer…padan muka…gerudi la sampai pinggang patah…

    17. Honeybee kata:

      Tul tu .. ingtkn ada tragedi kmatian @ umah trbakar .. suspen tul ..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK