in

Konsert Hujan Mencari Konklusi di Live Centre KL

HUJAN – Konsert Mencari Konklusi, Live Centre, Kuala Lumpur

Sebagai satu kumpulan yang paling diminati di negara ini, HUJAN pasti mengimpikan konsert secara besar-besaran. Ledakan muzik yang mereka bawakan juga mahu dikongsi kepada para peminat diseluruh negara. Setelah berjaya membuat konsert di beberapa tempat di seluruh Malaysia dan Singapura kini HUJAN bakal tampil dengan konsert mereka yang terakhir yang dijadualkan berlangsung pada 22 November 2009 bertempat di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur pada 22 November 2009 jam 3 petang.

Menariknya konsert terakhir ini telah mendapat penajaan dari dua syarikat bumiputra Harosa Enterprise dan AlNajwa Productions. Metadome akan bertindak selalu publisiti kepada siri jelajah ini. HUJAN telah mengadakan siri jelajah di seluruh Malaysia bermula di Singapura pada 7 Oktober lalu, diikuti pada 16 Oktober bertempat di Universiti Malaysia Perlis, Kangar, 17 Oktober di Carnivall, Kelab Golf Cinta Sayang, Sungai Petani, 18 Oktober di Hard Rock Hotel, Batu Ferringgi, Pulau Pinang. Seterusnya mereka akan ke Taiping dan Ipoh pada 23 dan 24 Oktober.

HUJAN yang ditemui pada sesi sidang media pengumuman konsert ini, mereka berasa amat bertuah kerana mendapat penajaan bagi konsert terakhir ini. Menurut Dimas “Kami amat berbesar hati dengan 2 syarikat ini sudi mengikuti konsert jelajah ini. Sebelum ini ada beberapa syarikat pengurus acara datang untuk  membantu kami pada siri konsert ini, namun begitu kami tidak berpuas hati dengan hasil mutu kerja yang diberikan’. Menrutnya lagi “dengan adanya Harosa dan AlNajwa, ia mampu merealisasikan impian konsert kami di Kuala Lumpur.”

Ketika ditanya oleh pihak media kelainan yang akan dibawa pada konsert di Kuala Lumpur. HUJAN akan membuat kelainan di dalam persembahan mereka di konsert terakhir ini dan menjanjikan kenangan manis buat peminat-peminat atau Raingers yang hadir nanti. Dimana pada setiap lagu yang dipersembahkan akan diselang-selikan dengan tayangan video mengenai kumpulan HUJAN, persiapan sebelum dan selepas siri konsert mereka di Singapura dan beberapa tempat di Malaysia.

Ditanya mengenai seleksi lagu yang akan dipersembahkan, berkemungkinan lebih 20 lagu akan dinyanyikan dari album yang pertama dan album mereka yang terbaru – Mencari Konklusi. Pada hari itu juga, Kumpulan band yang baru mencuba nasib mereka di dalam industri hiburan iaitu D.I.A (Different In Action) dan Couple akan beraksi sebagai band jemputan untuk pembukaan. Manakala Yasmin Hani bertindak sebagai pengacara.

Bagi wakil Harosa sendiri, mereka menyifatkan HUJAN mempunyai potensi untuk pergi lebih jaug didalam industri muzik bukan sahaja di Malaysia malah die luar Negara. Noor Hanyta wakil Harosa “ harapan kami agar konsert terakhir ini akan berjalan dengan lancar dan jika ia berjaya, jika berjaya, kami bercadang untuk membawa HUJAN mengadakan konsert di Sabah & Sarawak juga ke US dan Indonesia”.

Untuk menempah tiket-tiket yang berharga RM15 dan RM20, boleh menghubungi Sekretariat konsert Alef (017 – 2067904), Nana (012 – 3846990), Jiggy (017 – 6737507), atau boleh melayari di laman web www.hujan.org, www.metamobile.com.my dan email di [email protected].

Mengenai Harosa Enterprise

Harosa Enterprise ialah sebuah syarikat pengurusan acara dan bertindak sebagai pengurus acara bagi konsert tersebut. Harosa Enterprise sudah beberapa kali mengendalikan acara-acara konsert, makan malam, sambutan hari ibu dan amal kebajikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kereta Betty Benafe Hilang Dicuri

Drama Pesan Mak Lakonan Zizie Ezette, Faizal Yusop