Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Konsert Gemilang Merdeka Lefthanded, Rusty Blade & Candy

Hanya tinggal 4 hari lagi, kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Salam ambang merdeka buat semua pembaca semua Sensasi Selebriti. Nampaknya, banyak juga persembahan dan konsert akan diadakan sempena kemerdekaan negara. Antaranya showcase Konsert Gemilang Merdeka di Stadiun Nasional Bukit Jalil pada 1 September jam 8.30 malam menampilkan 5 buah kumpulan rock power giler katanya. Konsert yang dianjurkan oleh Apex Entertainment Network ini kononnya mahu memartabatkan genre muzik rock dengan menampilkan kumpulan rock lagenda Rusty Blade dan Lefthanded. Juga kalau anda masih ingat pada sebuah kumpulan band rock wanita, Candy yang terkenal dengan lagu Akan Ku Tunggu, band terbaru AKU, band Royce Sayan dan Handy Black. Ini bukan konsert percuma ya, kerana tiket berharga RM103, RM53, RM33 & RM23 boleh dibeli di Axcess Ticket. Mau pergi ka? Fasha Sandha mungkin akan pergi kot dengan Hans Isac sebab diorang kan katanya sedang bercinta? Dalam Melodi Ahad lalu, gossip Fasha Sandha Hans Isac keluar kat tv3 masa majlis ulangtahun pertama wedding Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid kat hotel One World. Bukan main intim lagi Fasha Sandha dan Hans? Takkan hanya kawan kot?

Dah-dahlah bergossip, kembali pada tajuk asal kita pasal konsert ‘keras’ ni ya. Konsert yang hit banging ni akan menjadi platform untuk band dan kugiran rock yang underground indie atau i-bands ini untuk menonjolkan muzik dan kredibiliti mereka. Sesuai atau tidak konser rock ini diadakan sempena kemerdekaan negara? Itu yang kita perlu fikir kerana muzik rock itu bukan budaya kita, realitinya rock itu adalah muzik dan budaya barat dan patutkah ini yang menjadi kegilaan remaja dan didedahkan untuk anak merdeka seperti anda? Ya, ada yang kata muzik rock itu merupakan satu penjajahan minda dan seni muzik kita, betul ke? Muzik jazz gimana pula? Apa pun muzik yang anda suka, yang penting kita orang Malaysia yang bersatu padu. Harapnya nak dekat dengan merdeka ini tiada lagi kejadian tak diingini atau yang pelik-pelik berlaku sepertimana ada manusia super dooper kreatif yang mencipta lagu Negarakuku seperti Namewewe atau aksi minah rempit buat benda yang lucah dan kurang sopan yang sekarang ni tengah hot di youtube.

Bagaimana pula cara anda menyambut merdeka?

konsert gemilang merdeka

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , sultanmuzaffar, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Mila Bergaduh Dengan Candy Sebab Ebi?
  • Senarai Semua Lagu Konsert Akhir AF5
  • Lagu Konsert Akademi Fantasia 5 – Minggu ke 9
  • Drama Greek di TV2
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert ke-6 Akademi Fantasia Tema Live Band!
  • KONSERT INUL DARATISTA LIVE IN JB
  • Lirik Lagu Demam – Candy AF5
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands
  • Shawal Tersingkir! Agogo GO OUT?
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini



  • Satu Komen untuk entri “Konsert Gemilang Merdeka Lefthanded, Rusty Blade & Candy”

    1. pokcu kata:

      ni le best,, bila le nk bwat sembahyang hajat besar-besaran,,

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!