in

Konsert ERA FM Sayang Sabah Bersama Biozip

Hiburan buat seluruh warga Sabah! Ternyata sambutan ulangtahun ERA fm Sabah pada tahun ini pasti meriah seperti tahun- tahun lalu! Pada awal tahun 2014 nanti, ERA fm Sabah sekali lagi menganjurkan Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip khas buat warga Sabah yang sentiasa memberikan sokongan!

[pullquote align=”right”]Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip ini bakal dianjurkan pada 18 Januari 2014, bermula jam 7 petang bertempat di 1Borneo Gourmet Lane, Kota Kinabalu, Sabah.[/pullquote]

Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip Kembali Temui Warga Sabah pada 18 Januari 2014 dengan menampilkan Judika, DJ Fuzz, W.A.R.I.S, Altimet, Faizul (AF) Bakal Gegarkan Sambutan Ulangtahun ke-3 ERA FM Sabah!

Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip kali ini menampilkan penyanyi popular Judika yang berasal dari Indonesia. Kehadiran Judika menyerikan konsert ini menamatkan satu penantian bagi warga Sabah yang selama ini terpukau dengan lagu- lagu popularnya seperti Aku Yang Tersakiti, Setengah Mati Merindu, Bukan Dia Tapi Aku yang juga sering diputarkan di ERA fm.

Menurut Uno (Syazleey Zalsyam Zakaria), selaku Pengurus Operasi Astro Radio Sabah,

“Bagi pihak ERA fm Sabah, kami cukup berbangga kerana sekali lagi dapat menganjurkan Konsert ERA Sayang Sabah yang akan berlangsung pada 18 Januari 2014 nanti. Sudah tentu, suatu kelainan dapat dirasakan apabila kami bakal menyerikan pentas Konsert ERA Sayang Sabah dengan kepelbagaian genre muzik yang dipersembahkan oleh artis- artis ternama dalam dan luar negara.

Barisan artis yang memeriahkan Konsert ERA Sayang Sabah nanti seperti Judika, W.A.R.I.S, Altimet, DJ Fuzz, Mark Adam, Faizul (Juara Akademi Fantasia 2013), Awi Rafael dan Candy. Keputusan untuk membawa Judika pada Konsert ERA Sayang Sabah pada tahun 2014 adalah faktor keunikan yang ada pada penyanyi bersuara hebat seperti Judika. Pihak ERA fm Sabah percaya, penonton pastinya jatuh cinta dengan persembahannya yang akan menggegarkan Kota Kinabalu!”

“Tujuan utama penganjuran konsert sebegini juga adalah sempena menyambut ulangtahun ERA fm Sabah yang ke -3. Selain itu, sebagai tanda penghargaan keluarga ERA fm kepada semua yang tidak henti- henti menyokong termasuklah pendengar tegar ERA fm Sabah, rakan – rakan media, pihak penaja, serta rakan pengiklanan. Yang paling penting sekali, masuk adalah percuma untuk ke konsert ini.”

Konsert ERA FM Sayang Sabah Bersama Biozip

[dropcap]T[/dropcap]idak ketinggalan, penyampai- penyampai radio ERA fm seperti Jayjay, Ily, Beebey, Christ dan Aril, akan turut memeriahkan malam tersebut!

Sebagai penghargaan, jutaan terima kasih diucapkan kepada Biozip selaku penaja utama Konsert ERA Sayang Sabah 2014, 1 Borneo Hypermall selaku lokasi rasmi, CARINO Sporting Goods selaku pakaian sukan rasmi, Borneo Creative Academy selaku solekan dan dandanan rambut rasmi, Rafflesia Chicken Hut selaku penaja makanan dan minuman rasmi dan Astro hitz dan Astro RIA

Untuk memenangi pas Rock Zone Konsert ERA Sayang Sabah bersama Biozip nanti, jangan terlepas isyarat memanggil di frekuensi ERA SABAH 102.4 FM di Kota Kinabalu dan 103.0FM di Sandakan. Para pendengar yang memenangi pas Rock Zone bakal menyaksikan artis kegemaran mereka secara lebih dekat di konsert tersebut secara percuma!

Selain daripada peraduan di radio pendengar juga berpeluang untuk memenangi pas Rock Zone dan beramah mesra bersama artis-artis di laman Facebook ERA fm Sabah dan juga Instagram. Layari fbsabah.era.fm dan ikuti akaun Instagram erafmsabah untuk maklumat lanjut.

Konsert ERA FM Sayang Sabah Bersama Biozip

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Yuna Perform di Jimmy Kimmel LIVE

Johnny Depp Lamar Pelakon Amber Heard