in ,

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Kehadiran ramai penonton memeriahkan rakaman Konsert Eksklusif Orkestra RTM… Datuk M.Daud Kilau yang telah berlangsung pada 22 November lalu di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur berjaya membuktikan insan seni terkenal jolokan Raja Gelek Malaysia ini masih berbisa dan memiliki kelompok peminatnya yang tersendiri.

Apatah lagi penghargaan ini diberikan penerbitan Orkestra RTM bagi mengisi Siri Konsert Eksklusif Orkestra RTM terbitan RTM setelah kejayaan menganjurkan dua konsert Lagenda Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini (2012) dan Datuk Yusni Hamid (2013).

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Bakal bersiaran pada 17 Januari ini (Sabtu), pukul 9.00 malam menerusi saluran TV2, konsert solo itu dianggap istimewa kerana ini konsert pertama beliau selama 55 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air.

Diiringi pemuzik Orkestra RTM yang dianggotai oleh hampir 45 pemuzik profesional yang diterajui oleh pemimpin ORTM, Ahmad bin Ali atau Jimmy Ali menampilkan lima segmen utama persembahan antaranya Segmen Buka Panggung, Melayu Asli, Kisah dan Teladan, Cinta dan Kasih serta Segmen Lagu Hit yang pastinya menjadi pilihan peminat-peminat beliau untuk dinyanyikan sebelum berakhirnya program yang berdurasi hampir dua jam itu.

Nantikan antara persembahan menarik antaranya lagu Sirih Pinang, Pinta dan doa, Gila Judi, Hutang Minta Hutang. Tidak melupakan lagu popular Cek Mek Molek yang menjadi lagu penutup konsert. Untuk lagu itu, beliau mengajak penonton untuk menari bersamanya di pentas. Beliau turut berduet lagu Mak Inang Kayangan bersama Haziq AF dan Tolong Pilihkan bersama penyanyi veteran SA Ayesha.

Konsert turut dihoskan oleh penyampai radio dan pengacara popular Linda Onn selain artis jemputan Haziq dan penyanyi veteran S.A.Aisyah ini menampilkan hampir 22 lagu keseluruhannya.

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotify Kini Cecah 15 Juta Subscriber

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah