Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











KONSERT DI-RAJA PERLIS di DEWAN 2020 PERLIS



KONSERT DI-RAJA PERLIS, 17 OGOS 2008 (AHAD), 9.00 MALAM DI RTM1.

Bersempena dengan Hari Keputeraan Ke-6 DYMM Tunku Raja Perlis telah diadakan Konsert Di-Raja Perlis. Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi RTM1 telah mengambil inisiatif merakamkan konsert tersebut khas buat tontonan semua rakyat Malaysia. Bertempat di Dewan 2020 Perlis, RTM menjanjikan para penonton akan mendapat kepuasan berhibur dengan konsert ini.

Menariknya, Konsert Di-Raja Perlis bakal menyaksikan kolaborasi artis-artis tanah air dengan seleksi pilihan lagu popular masing-masing dalam menghiburkan penonton sepanjang satu jam setengah siarannya.

Barisan artis popular yang menjayakan konsert ini adalah Jamal Abdillah, Ning Baizura, Lah Ahmad, Dia Fadilla, L.Ramlee, Rey dan Rozaini. Tidak ketinggaln penampilan khas dua pemuzik jemputan, Man Kidal dan juga Rohaslam Hizad Ahmad yang membuat persembahan instrumental.

Penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu merdu lagi popular seperti Awan Yang Terpilu, Dara Pujaan, Senandung Semalam, Gadis Melayu, Kembali.

Pastinya penonton ternanti-nanti kemunculan artis wanita terkenal yang bersuara soprano, Ning Baizura yang terkenal  dengan lagu-lagu seperti Awan Yang Terpilu, Curiga, Drama, Pasti, Erti Pertemuan, Kembali dan banyak lagi. Buat peminat setia Ning Baizura jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan kumpulan ini beraksi. 

Bukan itu sahaja, kerinduan para peminat setia bintang pop yeh yeh, L. Ramlee yang popular dengan lagu hit Dara Pujaan bisa terubat dengan kemunculan eksklusifnya di pentas Konsert Diraja Perlis. L.Ramlee akan mendendangkan seleksi lagu popularnya yang suatu masa dahulu menjadi siulan muda-mudi pada zaman kegemilangannya.   
 
Namun tidak dikecualikan juga penyanyi lelaki yang merupakan juara Pertandingan Bintang RTM 1979, Jamal Abdillah yang turut akan menghiburkan para penonton. Jamal Abdillah cukup terkenal dengan lagu berentak balada dan ‘sentimental’ yang bisa meruntun emosi para pendengar lagu-lagu popularnya seperti Kekasih Awal dan Akhir, Azura, Takdir Penentu Segala, Penghujung Rindu dan banyak lagi.

Kepada anda yang ternanti-nanti konsert yang mampu memberikan kepuasan berterusan. Jangan lepaskan peluang menonton Konsert Di-Raja Perlis pada 17 Ogos ini pada jam 9.00 malam menerusi RTM1.

Tags:

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Hujan Tour 2009 Mencari Konklusi Ke Utara
  • Karnival Jom Santai Ke Perlis
  • Saksikan Majalah 3 Kisah 3 Buah Negara Menjelang Syawal
  • Kisah Pelakon Ezany Kecewa?
  • Gambar Majlis Persandingan Datin Nor Azlina Redzuan & Datuk Yusof Annuar Yaacob
  • Pengacara TV3 Adzriefaiz Akhirnya Bernikah
  • Gelanggang Akhir Raja Lawak 6
  • Profile Ahmad Nazib Bin Zaidi (NAZIB) Calon Pelajar AF 6
  • Gambar Isteri dan Anak Faizal Tahir
  • Dramatari Raja Bersiong di Dewan Filharmonik Petronas



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK