in ,

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Malam Ini & Esok

Setelah lebih sebulan berlatih secara insentif, akhirnya pada malam ini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza akan membuat persembahan selama dua bulan berturut-turut di konsert amal Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is di Planery Hall, Kuala Lumpur Convention Centre jam 8 malam. Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Production dan juga Simply Siti Sdn Bhd.

Lebih 14 buah lagu akan dinyanyikan di konsert ini termasuklah lagu beliau sendiri dan juga lagu-lagu popular dari penyanyi yang lain. Seperti biasa, Budiey dan Sitizoners tak sabar menantikan apakah kejutan yang akan dilakukan oleh Siti Nurhaliza pada malam ni.

Budiey turut dijemput untuk buat liputan pada malam ini. Nantikan live update dari Budiey menerusi Twitter dan Instagram ya.

siti nurhaliza live in klcc

[pullquote align=”right”]Konsert ini adalah sebuah konsert amal yang sangat ekslusif sebagai pembuka tirai tahun 2014.[/pullquote]

Konsert Where The Heart is yang akan berlangsung selama 2 jam akan menampilkan Dato Siti Nurhaliza menghiburkan peminat peminat dengan lagu lagu popular beliau, secara solo yang pertama bagi tahun 2014 untuk sebuah konsert amal ekslusif dengan semua hasil jualan tiket konsert yang bakal disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan.

Dato Siti Nurhaliza memberi peluang terbuka dan bersedia menjawab apa saja soalan daripada peminatnya ketika di konsert ini. Selain penonton akan didendangkan dengan lebih 14 buah lagu hitsnya, persembahan beliau akan diselang seli dengan sesi berinteraksi bersama para peminat dengan lebih dekat.

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramalan Siapakah Pemenang Anugerah MeleTOP ERA

TV2 Tayang Filem Yes Boss Lakonan Shah Rukh Khan