in

Konsert Cromok Reunion In Kuala Lumpur

Masih ingat lagi dengan kumpulan rock metal thrash yang popular tahun 90an dulu, CROMOk? Haaa, jika masih ingat, CROMOX sekarang ni dah berpakat untuk bersatu kembali dan akan perform selepas 15 tahun menyepi.

Clockwork Events dan Uncang Tiga dengan bangganya membawakan reunion band metal terunggul yang telah lama dinanti-nantikan oleh komuniti muzik metal tempatan, Cromok! Ini adalah reunion mereka selepas persembahan terakhir 15 tahun dahulu, pada tahun 1996.

Cromok

Budiey dilaporkan yang pengarah Clockwork Events, Iman Tang dan Shamil Yusof akan mempengerusikan satu sidang akhbar pada hari Rabu ini 7 mac 2012 di Club 63, Sheraton Imperial Hotel, Jalan Sultan Ismail untuk mengumumkan butir-butir konsert ini.

Cromok telah mengalami pelbagai perubahan dari segi anggota-anggotanya sepanjang tahun, tetapi seperti kita semua tahu, tiada yang boleh mengganti yang asal. Dengan line up asal terdiri daripada Karl (gitar), Miji (drum) dan Sam (vokal dan bass), pastikan anda tidak terlepas persembahan yang dinanti-nantikan tahun ini!

Dengan bunyi Thrash metal mereka, Cromok dikagumi dan dihormati oleh semua peminat muzik underground. Struktur lagu mereka terdiri daripada riffs yang mudah dan bunyi drum yang minimal dengan gitar solo yang sangat kompleks dan epik.

Dengan bangganya juga, dibawakan kepada anda sebagai band pembukaan, Langsuyr, Metalasia dan Nuclear Strikes. Hadir awal untuk menikmati muzik metal yang dibawakan khas untuk anda oleh Clockwork Events dan Uncang Tiga.

Rock On!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ben 10 Destroy All Aliens

SimplySiti Bakal Umum Pemenang Kempen Simplysiti Di Hati