in

Konsert Artis Berhibur Sambil Beramal Tabung Amal Lahad Datu

Konsert Artis Berhibur Sambil Beramal Tabung Amal Lahad Datu & Palestin

[dropcap]P[/dropcap]ada hari Jumaat yang lepas, Budiey buat kali pertama menjejakkan kaki di Yayasan Pendidikan Cheras untuk mengikuti satu sidang media Konsert Artis Tabung Amal Lahad Datu & Palestin anjuran YPC. Konsert yang disertai oleh beberapa penyanyi terkenal ini akan diadakan pada 16 Mac 2013 (Hari Sabtu) di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Jalan Cheras pada jam 2 hingga 6 petang.

Antara artis yang akan buat persembahan ialah Tomok, Mawi, Ayu Damit, Isma AF7, Shiha Mentor, Wanie, band pengiring Rosewell dan penampilan istimewa model dan pelakon terkenal iaitu Cha Cha Maembong.

Selain itu para pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik yang lumayan semasa cabutan bertuah di konsert ini.

Orang ramai boleh membeli tiket Konsert Amal ini di pejabat Yayasan Pendidikan Cheras, Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel atau boleh menghubungi 03 92849603 atau pun telefon bimbit urusetia iaitu Puan Rosmawati 017 6600203, Fadzlee 017 3168819.

Tiket-tiket sudah mulai dijual dengan harga RM15 untuk dewasa manakala tiket untuk pelajar pula berharga RM10 sahaja.

KLIK VIDEO: Konsert Artis Untuk Tabung Lahad Datu & Palestin

Budiey sempat menemubual YB Datuk Wira Syed Ali Alhabshee selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras yang begitu gigih merancang lebih sebulan yang lalu. Menurut beliau, tujuan utama konsert amal ini adalah untuk membantu mangsa-mangsa di Lahad Datu dan Palestin. Selain dapat menanam semangat patriotik di kalangan orang ramai dan menghargai peranan anggota keselamatan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Kalau kita tengok, keadaan dan isu pencerobohan di Lahad Datu menjadikan kita sedar tentang betapa pentingnya keamanan dan bersatu padu untuk menjaga keharmonian negara kita agar tidak berpecah belah. Semoga negara kita dilindungi, dijauhi dengan anasir jahat dan aman sampai bila-bila. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar & Video Sambutan Hari Jadi Akim Anjuran Gafimmers

Drama Cinta Jangan Pergi Bakal Jadi Fenomena?