in ,

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari

Wah! Panjangnya tajuk atau nama konsert Anuar Zain… cuba baca betul-betul kat atas tu… Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari.

Kalau ada rekod tajuk konsert paling panjang, pasti konsert ini akan tercatat dalam rekod Malaysia World Records – The Malaysia Book of Records.

Sebelum konsert ini diumumkan, dua tiga minggu lepas banyak khabar angin telah tersebar. Kononnya, Anuar Zain akan umum sesuatu yang besar. Ada yang kata Anuar Zain akan umum tarikh kahwin. Mmm… macam-macam…

Jika masih ingat, kali terakhir mengadakan konsert solo pada 2009, di Istana Budaya.

Tidak perlu dicerita secara lebih lanjutlah ya, segalanya ada dalam nama konsert ini. Diadakan sempena genap 30 tahun Anuar Zain berada di arena seni suara dengan penuh cinta pada muzik dan beliau sangat sayang pada peminatnya sepenuh hati sanubari. Itulah rumusan yang boleh Budiey berikan.

Tambah mengujakan apabila ianya berlangsung sehari selepas sambutan ulangtahun Anuar Zain.

Video Anuar Zain Umum Konsert 3 Dekad Muzik Cinta & Sanubari:

Turut hadir, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Loan Cheong, dan pengarah muzik video terbabit, Ghaz Abu Bakar.

Sebenarnya, sebelum pengumuman ini dibuat, Budiey dah pun diberitahu 2 minggu lalu tentang konsert ini di mana pihak penganjur berniat untuk bekerjasama dengan budiey.com untuk membantu mempromosikan konsert Anuar Zain. Itu sahaja yang Budiey boleh bagitau. Selebihnya, biarlah pihak penganjur yang akan umumkan. Namun, Budiey harap segala yang mereka rancang akan berjalan dengan lancar tanpa halangan.

Saat diberitahu tentang konsert solo Anuar Zain yang Budiey sifatkan sebagai sesuatu yang mega ini, Budiey menarik nafas lega. Fuh… akhirnya, impian peminat Anuar Zain #AnuarZainForever bakal menjadi realiti. Ini ada berita yang baik dan ditunggu-tunggu oleh sekalian peminat lelaki ini yang penuh pesona, unik dan punya lantunan vokal yang lumak lagi lantang.

[pullquote align=”right”]Konsert akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 16 Februari 2013.[/pullquote]

Sudah lama peminat menunggu bilakah agaknya Anuar Zain akan buat konsert solo berskala besar. Akhirnya, kini terjawab. Semasa majlis Pelancaran Video Klip Anuar yang terbaru – Ajari Aku siang tadi, Anuar Zain Network ditemani penganjur bersama Universal Music Malaysia telah mengumumkan tentang konsert ini.

Berikut adalah info tentang Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari:-

Tarikh: 16 Februari 2013 (Sabtu)

Lokasi: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Masa: 8.30 malam

Pengarah Muzik: Mac Chew

Pemuzik: 26 ahli orkestra

Persembahan: Bold & Classy

Ejen Tiket: Tiket Charge. Layari: www.ticketcharge.com.my

Tarikh Pasaran Tiket: 12 Disember 2012 (12.12.12)

Anuar juga tidak akan menampilkan penyanyi undangan atau paduan suara pada konsert itu. Mengenai penajaan, Anuar berkata, perkara itu masih lagi diusahakan.

“Konsert ini anjuran syarikat saya, Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music. Buat masa ini kos penganjuran ditanggung bersama. Kami belum dapat kos sebenar, tapi jumlahnya memang tinggi kerana kami mahu menyajikan yang terbaik buat peminat. Bagaimanapun, usaha mendapatkan penajaan berterusan.”

“Saya sudah memilih lagu yang bakal dinyanyikan dan semuanya lagu popular saya sejak mula menjadi penyanyi. Selain itu, konsert ini juga akan menggunakan skrin LED,” katanya.

Lagu-lagu popular dari album Anuar Zain dari awal kemunculan sehinggalah sekarang akan dinyanyikan oleh Anuar Zain di konsert ini. Itu dah pasti. Cuma mungkin akan ada penyanyi jemputan untuk berduet. Itu kita tak pasti lagi.

[pullquote]“Sesuai sambutan 30 tahun saya dalam dunia seni, banyak perkara menarik akan diketengahkan dalam konsert ini. Antaranya, perubahan dari segi susunan muzik.”[/pullquote]

Selama 30 tahun sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain dan pengalaman 30 tahun itu akan dikongsi bersama dengan peminat pada malam itu. 30 tahun pancawarna Anuar Zain di dalam gelanggang muzik Malaysia akan dilagukan merentasi memori terindah bersama pengarah muzik tersohor tanahair, Mac Chew.

Tiga dekad kembara muzik Anuar Zain bakal dipersembahkan dengan iringan 26 ahli orkestra di bawah pimpinan Mac Chew menjanjikan temasya sebenar meraikan Anuar Zain dan legasi muziknya.

Rangka promosi konsert ini akan diadakan bermula bulan Disember dan Januari nanti. Nantikan ya…

Anuar Zain

Anuar Zain Ajari Aku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip Terbaru Anuar Zain Ajari Aku Featuring Nora Danish

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak