in

Konsert Ambang 2012

Pada 21 Disember lalu, Budiey sempat hadir di Sidang Media Konsert Ambang 2011 yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, di ibukota. Pada sidang media yang ringkas itu, beberapa artis yang akan perform di konsert ini hadir untuk memberi sokongan. Zainal Alam Kadir juga selaku hos turut hadir.

Konsert Ambang 2012 ini diadakan sempena sambutan tahun baru 2012 dianjurkan oleh Kumpulan AmBank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert Ambang 2011

Kalau tak dapat hadir di Dataran Merdeka, anda boleh menontonnya di kaca TV kerana konsert ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2 dari pukul 9.15 malam sehingga pukul 1.00 pagi. Konsert ini bakal menarik lebih 70,000 penonton daripada semua lapisan masyarakat ke Dataran Merdeka dan akan menjadi salah satu acara terunggul untuk menyambut tahun baru

Menurut Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, konsert yang akan diadakan buat kali ketujuh itu adalah untuk menyokong semangat perpaduan dan muhibah di antara warga bandar raya Kuala Lumpur dan seluruh rakyat negara ini. Ia diadakan sebagai tanda penghargaan kepada sokongan semua pelanggan Ambank dan rakyat Malaysia.

Ramai artis popular akan berada di konsert ini dan akan menjanjikan persembahan menarik, antaranya Mizz Nina, Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Awie, Faizal Tahir, kumpulan Hujan dan banyak lagi.

Konsep Ambang 2011 adalah berteraskan kepada kepelbagaian etnik di negara ini dengan semangat 1Malaysia. Penonton akan dihiburkan dengan pelbagai jenis lagu dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil daripada artis yang membuat persembahan.

Dua iklan terbitan istimewa “Selamat Tahun Baru dari Kumpulan AmBank” bakal disiarkan menerusi TV1 dan TV2 dari 22 Disember 2011 sehingga 4 Januari 2012.

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Konsert Ambang 2011

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Konsert Ambang 2011

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Sidang Media Konsert Ambang 2011

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hellcats

Sekitar Konsert LoudSpeaker di Stadium Merdeka