in ,

Konsert Akustik Religi Terhebat OPICK di Malaysia

Aunur Rofiq Lil Firdaus, OPICK-bakal muncul dengan album Digital Video Disc (DVD) terbaru iaitu ‘THE BEST OF OPICK LIVE ACOUSTIC’ yang diedarkan oleh Inteam Records Sdn. Bhd bakal menjengah pasaran pada April nanti. Album yang dirakam di dalam studio di Indonesia merupakan persembahan Opick secara Live bersama barisan pemuzik seramai 14 orang seperti pemain basiss,drum,alatan muzik tradisional,keyboard dan sebagainya.

Opick yang bakal mengadakan Konsert Akustik pada 18 April 2015 di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor itu mengilhamkan suatu bentuk persembahan live akustik yang diiringi bersama pemain muzik yang lain. Konsert ini juga bersempena dengan pelancaran album terbaru yang diedarkan buat kali keempat di Malaysia oleh Inteam Records Sdn. Bhd.

Bakal menyampaikan 15-20 buah lagu sewaktu konsert nanti, persembahan pentas juga turut menampilkan artis tempatan seperti Lah Ahmad dan Daqmie yang bakal mempersembahkan kekuatan vokal masing-masing.

Dengan kapasiti 1400 orang tiket sudah mula dijual secara online di www.inteammobile.com bermula dari RM 50 ke RM 200.

Konsert Akustik

Opick yang merupakan artis kelahiran Indonesia popular dengan lagu Dealova, Rapuh, Bila Waktu Telah Terhenti, Ya Maulana, Terima Kasih Ayah, Ibu, Salam Ya Rosulullah dan pelbagai lagi lagu-lagu yang selalu dimainkan di drama-drama Tv di Malaysia.

Album pertama yang diedarkan di Malaysia ‘Istighfar’ yang diterbitkan pada 2005, selepas sebulan diedarkan, mencecah 300 000 unit jualan sehingga berjaya mendapat anugerah Platinum dari Warner Music Malaysia.

Diikuti album kedua ‘Salam Ya Rasulullah’ yang diulang cetak sehingga 10 000 unit dan album ketiga ‘Sahabat Sejati’, Opick mempunyai visi yang lebih jauh dalam mendepani masyarakat dengan konsep lagu pop religi.

Opick yang pernah berduet dengan Melly Goeslow menerusi lagu Takdir di dalam album keduanya (Semesta Bertasbih) berjaya memikat hati pendengar lagu-lagunya sehinggakan mencecah jutaan likers di You Tube.

Dato’ Siti Nurhaliza juga pernah berduet dengannya menerusi lagu ‘Ketika Cinta Bertasbih’ sehingga mencecah 1 638 648 penonton di laman You Tube, lagu ‘Rapuh’ pula seramai 1 472 694 penonton dan ‘Bila Waktu Telah Berakhir’ mencecah 2 846 053 penonton.

Opick yang berasal dari Jember, Jawa Timur lahir pada tanggal 16 Mac 1974 mempunyai panti asuhannya sendiri iaitu ‘Rumah Umat’ yang menghimpunkan anak-anak yatim. Perkembangan terkini Opick boleh diikuti di Facebook dan instagram rasmi,’Opick Tomboati’.

Konsert Akustik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV ASIA Extends K-Pop Content

Payslip Jemput Semua Tonton Video SYURGA SANG PENCINTA di Youtube