Konsert Agnes Monica di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Konsert Agnes Monica Kuala Lumpur akan diadakan di Stadium Negara pada 23 Jun ini jam 8.30 malam. Soalnya, ramaikah peminat Agnes Monica yang akan hadir? Memandang ini pertama kali Agnes Monica yang terkenal dengan lagu Tak Ada Logika dan lagu Bilang Saja ini buat mega showmanship di KL, saya kira ramai peminat yang tidak mahu melepaskan peluang. Sebenarnya, dah banyak kali konsert Agnes Monica dirancang tapi selalu gagal. Kenapa ya?
Agnes akan memilih lagu-lagu yang ngetop dari dua albumnya iaitu And The Story Goes... pada 2003 dan Whaddup A! Saya kira masih tidak cukup dengan 2 lagu yang popular itu, nampaknya Agnes juga akan menyanyikan beberapa buah lagu dari penyanyi Malaysia. Ini mungkin satu kejutan buat peminat. Agnes boleh menari dengan lincah dan vokal lantang. Yang membanggakan, Agnes pernah berduet dengan Boyz II Men di Konsert grup R&B itu di Jakarta tidak lama dulu. Pernah mendapat tawaran untuk merakam album di USA tetapi ditolak palajar yang selalu mendapat CGPA purata 3.5 ini atas alasan tidak mahu terburu-buru.
Info Agnes Monica Live In Kuala Lumpur:
Harga Tiket: RM35, RM55, RM85, RM115, RM135 dan RM155.
Lokasi jualan: Ibu pejabat Axcess, Jalan Semangat, Petaling Jaya; Pusat Beli Belah 1-Utama; Stadium Putra Box Office; Rock Corner, Mid Valley; Tower Records, KLCC dan Lot 10; The Actors Studio, Bangsar dan rangkaian Music Valley di Midlands Park, Pulau Pinang, Greentown, Ipoh dan Holiday Plaza, Johor Bahru.
[tags]Konsert Agnes Monica, Kuala Lumpur, Ulasan Konsert Agnes Monica, Boyz II Men, USA, Stadium Negara, penyanyi hot, seksi, And The Story Goes, Album Agnes Monica, R&B, music pop[/tags]
Tags: Agnes Monika, Boyz II Men, Konsert
Tags: Album Agnes Monica, And The Story Goes, Boyz II Men, Konsert Agnes Monica, Kuala Lumpur, music pop, penyanyi hot, RB, seksi, Stadium Negara, Ulasan Konsert Agnes Monica, USAClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



