in ,

Konsep 1Malaysia Jalur Gemilang IZ OIAM Rekaan Amir Luqman

Budiey nak ucapkan tahniah buat IZ OIAM kerana telah terpilih ke peringkat Semifinal WCOPA (World Championship of Performing Arts, Road to Hollywood) yang akan berlangsung pada 7 April ini. Menurut IZ, Shila OIAM & Mila AF antara artis yang turut bertanding sama. Tahniah lah untuk semua yang terpilih. Buat yang terbaik untuk finale!

Semasa Anugerah Bintang Popular 2009 yang lalu, Budiey sempat borak-borak dengan IZ. Menurut IZ, Lagu Gonna Be Alright Club Mix ciptaan IZ yang digunakan di dalam filem The Successor: Private & Confidential terbitan MetroBrava Films India telah terpilih sebagai calon kategori Best Collaboration di dalam AVIMA 2010 Music Awards bertanding dengan calon-calon lain dari 20 buah negara sekitar Asia. Pergh! Biar betik!

IZ kata, dia sangatI bersyukur, kerana tahun 2010 telah membawa banyak kenangan manis bagi IZ. Ini kerana, IZ telah berpeluang memenuhi jemputan membuat persembahan dan promosi di tiga lokasi luar negara setakat ini seperti India (Bangalore, Chennai & Goa), Sepanyol (Barcelona & Malaga) serta di kota London sempena London Fashion Week di Somerset House pada Februari lepas. IZ akan kembali ke India hujung bulan April ini untuk kembali mempromosikan runut bunyi filem The Successor: Private & Confidential terbitan MetroBrava Films India di New Delhi, Hyderabad, Mumbai, Bangalore, Chennai & Goa. IZ juga akan di bawa ke Cannes Film Festival oleh pihak MetroBrava pada bulan Mei ini bagi aktiviti promosi lanjut.

Saksikan video YouTube lagu A.L.O.N.E dari IZ yang sedang dimainkan di Australia, India, Sepanyol dan Malaysia yang kini menduduki tangga ke-4 HITZ.FM!

Selepas mengeluarkan EP GONNA BE ALRIGHT edaran Sony Music Malaysia pada 2008, IZ juga buat masa ini sedang merakamkan album terbaru beliau yang akan diberi tajuk GEMINI di mana ianya akan lebih mengetengahkan material-material di dalam Bahasa Melayu.

Di samping itu beliau sedang di dalam perancangan dengan pihak-pihak penaja untuk membuat ‘showcase’ istimewa di Kuala Lumpur & Singapura pada bulan Jun 2010 nanti bagi mempromosikan lagu-lagu barunya yang akan terdapat di dalam GEMINI.

Lagu Melayu terbarunya yang bertajuk ‘JAUH’ akan dipersembahkan secara eksklusif dengan iringan band pada SELASA, 20 April 2010 di Malaysia Hari Ini, TV3. Jangan lupa saksikannya! Lawati laman FB IZ di, http://www.facebook.com/pages/IZ/12952049810

Okay, IZ juga berpeluang untuk menggayakan suit rekaan Amir Luqman di ABP 2009 yang lalu. Siap pakai shades (spek hitam) yang jarang dipakai oleh artis kita. Dengarnya, shades ni dibeli IZ masa kat London. Jangan tak caya, harganya 200Pound!!!! Tengoklah pada brandnya, Martin Margiela tu beb!

Bagi IZ dan Amir Luqman, mereka bersepakat untuk menepati tema cetusan warna yang mana rekaan kali ini berteraskan empat warna yang terdapat pada Jalur Gemilang. Jadi, tema kali ini lebih kepada semangat 1Malaysia. Ianya melambangkan semangat patriotik IZ walaupun beliau kerap ke luar negara membuat persembahan. Budiey cadangkan IZ boleh pakai baju ni semasa perform kat luar negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ainul Aishah di Karpet Merah ABP 2009

Media Prima TV Networks Returns to Africa