in

Kong : Return To The Jungle Dragon Metal Ages Kiddo The Super Truck di RTM

EMPAT FILEM ANIMASI HEBAT TAYANGAN KHAS CUTI SEKOLAH DI RTM2

Cuti sekolah yang bakal menjengah mulai pertengahan November ini memberi seribu satu perasaan kepada kanak-kanak. Pelbagai perancangan yang dilakukan keluarga untuk memastikan ianya meninggalkan momen yang indah kepada anak-anak mereka.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga tidak terlepas pandang menggunakan sepenuhnya medium penyiaran yang ada untuk terlibat sama menghadiahkan program-program menarik untuk tontonan mereka sepanjang cuti persekolahan ini.

Istimewanya, RTM menyediakan empat filem animasi khas cuti sekolah dimulai dengan Kiddo The Super Truck (28 November 2008), Dragon Metal Ages (05 Disember 2008), Dragon Fire & Ice (12 Disember 2008) dan Kong : Return To The Jungle (19 Disember 2008), setiap Jumaat, jam 10.00 pagi di RTM2.

Sebagai permulaannya, kanak-kanak diajak berhibur menerusi animasi Kiddo The Super Truck (28 November 2008) yang membawakan kisah trak ajaib dikenali sebagai Kiddo. Kiddo memiliki kuasa ajaib yang dapat mengubah bentuknya daripada sebuah trak menjadi apa sahaja yang dikehendakinya termasuklah menjadi kereta lumba mahupun roket. Kiddo menghiburkan teman-teman di sekelilingnya dengan menyanyi dan menari sejak mula lagi. Sebut apa sahaja karektor kesukaannya yang akan membuatkannya terus-terusan menari dan menyanyi gembira.

Kemudiannya penonton berpeluang menyaksikan Dragon Metal Ages (05 Disember 2008) yang diangkat berdasarkan kisah Mega Blocks, pengembaraan fantasi berlaku pada zaman pertengahan antara naga dengan manusia melibatkan watak utama Putera Dev dan Puteri Kyra yang membantu penduduk Odaku menentang kejahatan Gorhaga, syaitan naga. Pastinya aksi-aksi perlawanan menentang kejahatan ini membuatkan penonton teruja menyaksikan kesudahannya.

Setelah itu menyusul pula Dragon Fire & Ice (12 Disember 2008) yang tidak kurang hebatnya menampilkan kisah berlaku zaman dahulu dimana terdapat naga yang membawa kuasa kristal. Bagaimanapun, dua orang manusia dikenali Norvagen dan Draigar cuba menggunakan ilmu yang mereka ada cuba untuk menentang mereka menerusi perang yang cuba dilancarkan. Ketika era millenium, muncul Putera Dev dan Puteri Kyra yang berusaha mahu memastikan perang antara manusia dengan naga tidak lagi berulang.

Tirai tayangan filem animasi khas cuti sekolah diakhiri dengan menyiarkan Kong : Return To The Jungle (19 Disember 2008) yang mengaitkan kisah wira yang tertangkap bersama haiwan lain yang tinggal di Pulau Kong. Kesemua haiwan-haiwan itu telah dihantar ke zoo yang terletak di Pulau Manhattan. Namun hakikatnya Kong tidak akan merana seperti yang dialami ayahnya.

Kepada anda semua penonton setia saluran RTM2 diharap tidak melepaskan peluang mengisi waktu senggang sepanjang cuti persekolahan ini dengan menyaksikan keempat-empat filem animasi menarik termasuklah Kiddo The Super Truck (28 November 2008), Dragon Metal Ages (05 Disember 2008), Dragon Fire & Ice (12 Disember 2008) dan Kong : Return To The Jungle (19 Disember 2008), setiap Jumaat, jam 10.00 pagi di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama 21 Jump Street Lakonan Johnny Depp di 8TV

Hana-Kimi Japanese Komik Hisaya Nakajo Series di 8TV