Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Konflik Remaja Dalam Drama Januari di RTM



KONFLIK REMAJA WARNAI PLOT DRAMA JANUARI DI RTM

Sesat dihujung jalan, pulang ke pangkal jalan. Perjalanan Aniq, Taha dan Acis hanyalah sebuah metafora alam terhadap pelbagai kisah permasalahan hidup remaja dalam menjadi seorang manusia berwawasan. Plot kisah pergolakkan hidup remaja ini melatari telemovie menarik khas tahun baharu bertajuk Januari pada 3 Januari 2010 (Ahad), jam 10.00 malam yang disiarkan mengisi slot Sinema Ahad On 2 di TV2.

Meskipun pendukung utama drama ini masih belum dikenali namun gandingan lakonan Hafizuddin Hamzah, Mohd Faiz Fadzil, Afi Faris, Memey Suhaiza, Fiona Bernard dan G. Pathieswaran ini pastinya tertumpu kepada menyumbang kisah teladan yang dapat dimanafaatkan oleh semua terutama kalangan remaja yang sentiasa terdedah sehari-hari dengan gejala yang tidak bermoral di luar sana.

Januari membawakan plot kisah Taha yang mengetuai kumpulan budak-budak nakal di kawasan kampungnya di anggotai oleh Kumar dan Acis. Kumpulan Taha digeruni oleh semua budak-budak nakal yang lain, dan mana-mana budak yang inginkan perlindungan Taha diwajibkan membayar wang perlindungan.

Hal demikian tidak termasuk Aniq yang seringkali didatangi Taha untuk membantunya menyimpan barang-barang curian. Aniq dilindungi oleh Taha meskipun tidak membayar wang perlindungan. Aniq juga bekerja sambilan di bengkel Lobai sebagai mekanik motorsikal.

Acis dalam diam menyimpan rasa tidak puas hati pada Taha yang disifatkannya tidak cukup ganas dan selalu memonopoli hasil curian tanpa memikirkan orang yang melakukan kerja tersebut. Acis bertindak keluar dari kumpulan Taha dan menubuhkan kumpulannya bersama beberapa pengikutnya.

Mereka lebih berani dan tidak teragak-agak untuk mencederakan mangsa mereka sekiranya dihalang. Acis telah menganiaya Taha dan menyebabkan Taha dihukum masuk ke Pusat Pemulihan Akhlak selama 4 tahun. Kumar menyimpan dendam pada Acis kerana telah menyebabkan Taha meninggalkan mereka dan mengambil keputusan bersemuka dengan Acis untuk membuat perhitungan.

Dalam kejadian tersebut, Acis terbunuh. Aniq yang hanya menjadi pemerhati kepada segala yang berlaku pada kawan-kawannya, meneruskan kehidupannya. Perhubungannya dengan Fitrah dihalang oleh keluarga Fitrah yang telah bertindak menghantar Fitrah menyambung pelajaran ke luar negara.
 
Bekerja di kedai bapa Mei menyebabkan hubungannya dengan Mei berlanjutan dari kawan pada kekasih. Bapa Mei berhasrat memberikan kedai tersebut untuk diuruskan oleh Mei dan Aniq. Namun apakah kesudahannya? Mampukah mereka mengecapi kebahagian seperti yang diinginkan? Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan Januari pada 3 Januari 2010 (Ahad), jam 10.00 malam di TV2.

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • WULAN KEMBALI MULAI 13 JANUARI 2009 DI TV2
  • Drama Comel dan Segalanya Ku Terima di TV3
  • Gambar Adi Putra di Zaman Remaja
  • Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja
  • Fotokopi Lakonan Shereen Ibrahim, Hairul Azreen Di TV2
  • Pelancaran Drama Intan Asmara Terbitan MIG Beat
  • Tayangan Filem Hebat dalam Slot Sinema
  • Drama Januari Sempena Tahun Baru 2011
  • Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal dalam Drama 6 Progresif
  • Drama Bersiri Kisah Kaisara Lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila



  • 2 Komen untuk entri “Konflik Remaja Dalam Drama Januari di RTM”

    1. aeyma kata:

      cte ni bez taw x..
      i like lakonan faiz dlm ni..
      slumber jerk..
      make me fall in “tootttt”
      hekhek..
      anyway,,congrats bade

    2. faiz fadzil kata:

      saksi kan pusaka di tv 2 arahan bade hj azmi episode 1 setiap selasa 10mlm

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK