in

Komposer Terkenal Kassim Masdor Meninggal Dunia

Negara kita kehilangan seorang lagi permata seni apabila komposer puluhan lagu tema filem-filem hitam putih di zaman kegemilangan Studio di Jalan Ampas, Kassim Masdor, 76, meninggal dunia pada hari Selasa bersamaan 21 Januari 2014 di Singapura.

Memetik laporan mStar Online, cucu Allahyarham iaitu Muhammad Kazhendra Kaskazan, 27, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma dan kritikal pada malam Selasa sehinggalah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam.

kassim masdor

Antara yang terawal menerima berita pemergian Allahyarham ialah Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Ketika hayatnya, Allahyarham telah mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Beliau mula mencipta lagu pada usia 16 tahun dengan lagu Sapu Tangan Tanda Mata, dendangan Allahyarham Puan Sri Saloma dan anara lagunya yang paling popular adalah lagu klasik Selamat Hari Raya nyanyian Fazidah Joned. Turut popular adalah lagu Pelangi Petang, Gelombang, Bahtera Merdeka, Si Baju Hijau dan Hari Ini Dan Semalam.

Antara penyanyi yang pernah menyanyikan karya beliau ialah Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman. Selain mencipta lagu-lagu dalam filem, beliau merupakan penjaga konti filem-filem arahan P.Ramlee.

Allahyarham yang menjadi bapa tunggal sejak 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit. Jenazah Allahyarham kini berada di Blk 512 Choa Chu Kang St 51 Yew Tee North5 #04-257 Singapore dan akan dikebumikan pada pukul 12 tengahari ini.

Sejurus berita pemergiannya tersebar, laman sosial dihujani dengan ucapan takziah daripada penggiat seni tempatan. Antaranya Melissa Saila, Tiara Jacquelina, Dato’ Ramli MS, Monoloque, Faisal Ishak dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airline Industry Leader of the Year

Astro On Demand Dramas Now Available on On-The-Go