in , ,

Komposer Julfekar Sah Jadi Suami Min Yasmin

Komposer Julfekar sah bergelar suami kepada penyanyi Nurul Yasmin Abdul Aziz atau Min Yasmin, 25, dengan sekali lafaz di Masjid Kota Damansara, pada jam 3.40 petang hari ini, Jumaat bersamaan 4 April 2014. Majlis akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Kota Damansara, Mohd Arip Johdi. Min Yasmin diwalikan oleh bapanya Abdul Aziz. Syukur alhamdulilah, majlis berlangsung dengan lancar. Tahniah buat Min dan Julfekar, selamat pengantin baru.

Komposer Julfekar Sah Jadi Suami Min Yasmin

Pada majlis itu Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, 49, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1000, manakala wang hantaran dirahsiakan. Pihak lelaki turut memberikan tujuh dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, Al Quran, kasut, kek dan cincin.

Sehari sebelum berlangsung majlis nikah, Min Yasmin dan Julfekar diraikan dalam majlis berinai yang diadakan secara ringkas di rumah Min Yasmin. Antara selebriti yang turut hadir, Arrora Salwa, Nyak Mira, Hafeez Hai dan beberapa artis di bawah seliaan Julfekar turut hadir. Kawan-kawan lama Min Yasmin satu sekolah dan dah lebih 10 tahun tak jumpa juga datang memeriahkan majlis.

Tukang inai Min Yasmin pula Min Yasmin Best Friends & Fans Club di mana ini adalah hadiah daripada peminatnya. Pagi tadi pula, ada acara bersiram bersama keluarga. Bestlah mandi kemban. Hehe.

Dari segi tajaan pula, Min Yasmin buat ala kadar dan penuh kesederhanaan jadi tidak banyak penaja. Min Yasmin dan Julfekar bekerjasama dengan NDAH MAHLIGAI yang bertindak sebagai perancang perkahwinan. Kek hantaran pula hadiah dari kawan-kawan sekolah.

julfekaR MIN YASMIN

Min Yasmin nampak cantik berseri dengan busana serba putih dan disolek indah oleh MUA.

Menurut Min Yasmin, sebelum berlangsung, hatinya sangat berdebar-debar, gementar, gemuruh, takut dan sedih. Macam-macam perasaan ada. Sedih sebagai anak sulung dalam keluarga, Min akan bernikan dan menjadi hak dan tanggungan suami. Min juga turut sedih untuk meninggalkan dunia solo dan akan menjadi seorang isteri. Min kata, tak tahu nak bayangkan macamana perasaannya sebelum diijabkabulkan.

Ia dibalas sembilan dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, dompet dan tali pinggang, sejadah, kasut, cincin, baju kemeja dan kek. Pasangan mempelai kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih daripada butik N’dah.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Julfekar dan yang pertama buat Min Yasmin.

Komposer tersebut turut mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

julfekar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Radhi OAG & Shahira Selamat Nikah

Mahdi Moudini Terima Anugerah Tokoh Merlin Kali-3