in , ,

Komposer Julfekar & Min Yasmin Bakal Diijabkabulkan Hari Ini

Pada jam 3.30 petang ini, komposer terkenal Julfekar Ahmad Shah (49 tahun) dan penyanyi bersuara lantang Min Yasmin (25 tahun) bakal diijabkabulkan pada hari ini, 4 April 2014, Jumaat jam 3.30 petang. Majlis akad nikah Min Yasmin dan Julfekar akan diadakan di Masjid Kota Damansara sejurus selepas solat Jumaat.

Mas kahwin yang bakal diterima adalah sebanyak RM1000 beserta wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya. Min juga akan menerima tujuh dulang hantaran dengan berbalas sembilan.

min yasmin

Majlis Nikah Min Yasmin & Julfekar

Pastinya tatkala entri ini ditulis, Min Yasmin atau nama sebenarnya, Nurul Yasmin Abdul Aziz dan Julfekar sedang sedang berdebar-debar menantikan saat sah untuk disatukan. Sejak dua bulan lalu, Min Yasmin sibuk menjemput rakan-rakan dan keluarga dengan mengedarkan kad jemputan kahwin untuk ke majlis raja sehari mereka.Dua hari sebelum dinikahkan, Min Yasmin telah diraikan dalam majlis berinai. Dikhabarkan, produksi penerbitan program Raikan Cinta akan menyiarkan sekitar majlis nikah Min Yasmin & Julfekar dan anda semua boleh menonton di Astro Ria dan Astro Maya tidak lama lagi.

[pullquote]Selain itu, Budiey diberitahu, Min juga ke Singapura untuk mengurus hal-hal kahwin termasuk wali di sini. Manakala, permohonan nikah sebelah Julfekar pula sudah pun diluluskan. Syukur Alhamdulilah.[/pullquote]

Min Yasmin juga turut memberitahu, majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada 5 April 2014 di Kota Damansara. Manakala, majlis resepsi sebelah pengantin lelaki atau sambut menantu pula kemungkinan besar dijadualkan berlangsung pada 13 April 2014 di Ndah Mahligai Shah Alam bertemakan My White Garden.

Budiey doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar. Waah, akhirnya nikah juga pasangan ini. Tak silap Budiey, abang Julfekar dah enam tahun hidup menduda dan beliau sudah ada empat orang anak dan dua cucu.

Sama-samalah kita doakan semoga hubungan mereka bahagia hingga ke akhir nyawa. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri JODOH 2

Pharrell Williams Jadi Juri The Voice Musim Ke-7