in ,

Komposer Ajai Nafi Dapat Pangkat Datuk

Gosip Dapat Gelaran Datuk Mengarut – Ajai Komposer Ajai menyifatkan gosip kononnya dia akan mendapat darjah kebesaran bergelar Datuk dalam waktu terdekat merupakan khabar angin yang mengarut. Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 36, berkata, gosip tersebut benar-benar membuatkan dia dan isterinya, Norliza Ilyas, terkejut, apatah lagi dia tidak pernah menerima apa-apa surat bagi memaklumkan hal berkenaan.

AjaI

“Kami baru sahaja membaca gosip tersebut dan ia tidak benar sama sekali. Saya terkejut dengan khabar angin ini, kelakar pun ada juga. Saya pun tak tahu daripada mana berita itu diperoleh. Entahlah, mungkin terdapat mana-mana pihak yang tersilap memberi pendapat.”

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Ajai kononnya akan menerima penganugerahan yang membawa kepada gelaran seperti rakan seperjuangannya iaitu Datuk M.Nasir dan Datuk Ramli MS.

Bagaimanapun tambah Ajai, dia tidak ada masalah berhubung dengan gosip tersebut kerana menganggap ia merupakan salah satu rencah normal yang harus ditempuhi bagi seorang artis.

“Memang gosip ini mengarut, tetapi saya tak ambil pusing pun. Jika nak dibandingkan dengan gosip-gosip yang terkena pada saya dahulu lagi teruk. Saya tak kisah. Namun, gosip seperti ini bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan kerana ia turut akan melibatkan pihak lain,” tuturnya.

Dalam pada itu, ditanya adakah Ajai pernah mengimpikan untuk mendapatkan gelaran tersebut, katanya, dia belum bersedia untuk menerima penganugerahan besar itu.

“Pada saya, gelaran Datuk adalah satu penghargaan yang sangat besar dan ia diperoleh apabila seseorang itu telah melakukan sesuatu yang besar dan berjasa kepada negara. Dan rasanya tidak terlintas pun di fikiran untuk mengejar gelaran itu. Saya belum bersedia untuk bergelar Datuk. Kalau datuk kepada cucu saya mungkin ya,” selorohnya.

Mengenai perkembangan terbaru, Ajai bakal muncul dengan sebuah album khas berjudul Satu dengan menampilkan penyanyi Ella, Azlan The Typewritter dan Kris Dayanti. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Lelaki Dynas Mokhtar Mohamed Haqaish

Ruslan Shah Nafi & Tak Mengaku Minum Arak