Komposer Lagu Ku Pendam Sebuah Duka Meninggal Dunia
Salam takziah buat keluarga Ismail Fariz. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
PETALING JAYA: Komposer lagu Ku Pendam Sebuah Duka, Ismail Fariz Ali, 46, meninggal dunia akibat kanser pukul 4.30 pagi tadi di Hospital Gleneagles, Ampang. Jenazah arwah Ismail akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Zuhur.
Sementara itu, Datuk Khadijah Ibrahim yang dihubg mStar berkata, dia amat terkejut dengan berita sedih itu. Penyanyi lagu tersebut, Datuk Khadijah Ibrahim yang dihubungi mStar berkata, dia amat terkejut dengan berita sedih itu. Bagaimanapun, penyanyi itu turut mengakui mereka tidak mengenali antara satu sama lain dengan begitu rapat.
“Saya amat terkejut dengan pemergian Allahyarham. Namun, saya tidak begitu mengenali Allahyarham dengan rapat. Kami hanya pernah berjumpa dua atau tiga kali. Itu pun ketika proses rakaman lagu tersebut sekitar tahun 1986,” katanya.
Sementara itu, komposer terkenal tanah air Johan Nawawi yang merupakan teman rapat Allahyarham berkata, dia terkejut dengan kehilangan sahabatnya itu.
“Dia seorang yang baik, warak, bertanggungjawab, berbakat dan prihatin,” kata Johan.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.
Tags: Berita
Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 24th, 2009 at 4:35 pm
semoga arwah dicucuri rahmat
December 27th, 2009 at 7:19 am
semoga rohnya dirahmati allah. tak sangka insan sehebat beliau yang mencipta lagu kathy yg merupakan salah satu lagu kegemaran saya.
December 27th, 2009 at 7:44 pm
insyaallah pasti akan ada penggantinya nanti… semoga rohnya dicucuri rahmat… al-fatihah…