in ,

Komen Umie Aida Di Twitter Abby Cetek Pemikiran

Pelakon yang kini berjinak-jinak dalam dunia politik, Abby Abadi semakin lantang memperkatakan tentang isu-isu semasa sehingga mampu mencabar polisi kerajaan. Tak kurang juga sejak beberapa hari ni kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut beliau mencetuskan isu hangat sehingga membuatkan sesetengah pihak terutama golongan artis sendiri menjadi lebih panas.

Umie Aida Perang Abby Abadi di Twitter

Selepas isu berdebat dengan Datuk AC Mizal di Twitter, ekoran beliau dikatakan mengutuk PDRM. Pagi ini, nama Abby Abadi yang kita semua maklum beliau kini telah secara rasmi sebagai ahli parti PAS, makin bertambah panas dan sensasi.

Lebih menjadi perhatian, apabila Abby memberi reaksi kepada komen pelakon Umie Aida tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Abby Abadi baru-baru ini kepada sebuah akhbar online tempatan, The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan kepada akhbar itu, Abby menyatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.

“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari dan berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.

Tambah Abby lagi, “Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ianya kenyataan.”

Kenyataannya ini telah menarik perhatian Datin Paduka Umie Aida yang tidak bersetuju terhadapnya.

Umie Aida di laman Twitter-nya berkata, “Kesian dengan komen dia (Abby Abadi) macam tu, sangat cetek pemikiran dia.”

Umie turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan sebab mengapa dia berkata begitu kepada Abby.

Abby Abadi Gaduh Umie Aida

Dan aktres filem Leftenan Adnan ni turut menggesa bahawa jika mahu Abby Abadi mahu memperjuangkan agama, bukanlah melalui politik.

Abby Abadi Gaduh Umie Aida

Jadi, apa pula komen anda? Adakah sesuai untuk seorang selebriti terlibat dalam politik?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang & Akan Kahwin 31 Ogos Ini

Fouziah Gous Sahkan Berkasih Dengan Datuk Seri