Home HOME | Tips Lifestyle | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Komen Pembaca & Gambar Pra Tonton Jangan Pandang Belakang di UiTM

Tahniah! Apa lagi yang saya mahu katakan selain ucapan itu kepada filem Jangan Pandang Belakang. Bravo! Dengan kutipan RM410,000 daripada 50, 134 orang penonton di 51 pawagam pada hari pertama tayangannya filem ini telah memecah rekod yang sangat membanggakan.

Dalam tempoh 25 tahun, dikatakan tiada filem Malaysia yang dapat mengutip sebanyak itu pada hari tayangan pembukaan. Sekaligus mengalahkan kutipan filem Cicakman terbitan KRU Films Sdn Bhd yang hanya mendapat RM350,000 pada hari pertama tayangan.

Satu fakta mengatakan kutipan Jangan Pandang Belakang juga berjaya mengalahkan catatan pungutan hari pertama beberapa filem terkemuka Hollywood sebelum ini, seperti Mr Bean’s Holiday. Jadi syabas sekali lagi kepada David Teo & pengarah Ahmad Idham.

Jelas membuktikan formula dan strategi Metrowealth untuk menjual filem ini di pawagam berkesan dan berjaya. Unsur suspen dan seram yang boleh saya katakan agak ketara memberi impak dan momentum yang mempengaruhi ramai penonton. Juga perkataan AMARAN itu pun rasa saya memang ada pengaruh juga. Macam kata Pierre dalam Wayang Kita, kata dia, memang tabiat orang kita, yang dilarang itu lah yang dia nak tengok. :)

Sensasi Selebriti juga banyak menerima komen dan pendapat daripada pembaca yang telah pun menonton filem lakonan Pierre Andre, Intan Ladyana, Rio Elani, Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Jalaluddin Hassan. Antaranya:

NoeL kata:

I dah tengok masa Metrowealth buat tayangan perdana kat UiTM semalam. Memang seram, plotnya tak meleret dan lakonan heronya agak baik. Cuma semasa hantu terbang perlu diperbaiki lagi. I bagi 4/5 untuk filem ini.

Zyehunt kata:

Aku dah tengok tadi…. Memangla… aku rasa filem Melayu paling seram pernah aku tengok abad ni! Berapa kali ntah rasa nak tercabut urat jantung. Nak elak menjerit kuat. Bawak laaa tuala bersama… paling best… jangan baca review reporter…. scene terkejut nanti jadi tak terkejut. Spoiler! 

Tamarjalis kata:

Kami menonton filem jangan pandang belakang tengah malam tadi 6 april 07. Secara keseluruhan filem ini memang seram tetapi telah dicacatkan dengan adegan hantu yang dizahirkan. Saya berpandangan filem ini boleh meletup ke serata Asia mungkin sekiranya imej hantu itu ditiadakan. Cukup sekadar imej imbasan dalam lif sewaktu Darma keluar dari lif dan imbasan sekilas pandang sewaktu Darma dalam rumah tunangnya.

Selebihnya hantu yang mengekori kereta Darma, hantu dalam rumah sewaktu dalam bilik opah Darma  telah menjejas sedikit filem ini. Ini kerana filem seram tidak perlu dizahirkan hantu. Inilah kelemahan filem Melayu kerana sering menzahirkan hantu dalam mewujudkan unsur seram… sebaliknya filem-filem barat mahupun jepun dan Thailand seperti Nang Nak jarang sekali menunjukkan imej hantu.

Namanya pun sudah filem seram bukan filem hantu… jika filem hantu bolehlah dimasukkan semua imej hantu pochong, hantu raya dan lain-lain seperti dalam pameran hantu baru -baru ini.

Apapun tahniah buat Ahmad Idham yang mengarah Filem ini. Garapan susunan jalan cerita dan sound system yang baik telah memeranjatkan semua penonton tetapi tidak cukup seram kerana adegan Jalaludin Hassan yang melucukan.

Cuma adengan kereta Darma rosak sewaktu balik kampung, adegan imbasan Darma dalam rumahnya, adegan Opah/hantu raya yang diangkat oleh Darma di Kampung boleh dianggap seram sekiranya imej hantu itu tidak dizahirkan.

KAKA Says:

I watched jangan panjang belakang on the 7th of april 2007 with my cousin and my sister…after watching this, i really have to admit that jangan pandang belakang is one of malaysia’s scariest horor movie and it have actually made me think that pontianak harum sundal malam 1 and 2 is sooooooooooo LAME… interms of makeup and sound system compare to jangan pandang belakang… besides scary, i also find this movie quite funny especially the part Dharma went back to his hometown and when he met Opah….Opah can really bring her acting to life..and it looks soooo real….last but not least, may the stuntman who passed away during the shooting of this movie rest in peace.

Amar kata:

‘Jangan pandang belakang’ adalah filem melayu seram yang paling best dan betul-betul seram bagi aku..Filem ini dapat menggabungkan adegan komedi dan aksi seram dengan baik sekali..rugi kalau x tengok!!..Adegan palling seram apabila Darma(Pierre Andre) mendukung opahnya untuk ke tempat tidur..namun sampai saja dibilik didapati neneknya ada disitu..apabila darma pandang neneknya yang sambil didukung dia tersedar itu bukanlah neneknya tetapi hantu!

Diana kata:

Memang betul pun citer ni seram to the max……congrats to d director….Good job done guys……every aspect of d movie mmg boleh membuatkan org takut….especially d part opah panggil that hantu masuk rumah….eeeeiiii seram sangat….even until today pun still teringat2..balik dari movie that day, mmg sah tak berani tgk belakang..nak tgk side mirror n back mirror kereta pun tak berani…..n d sound, lagila seram….even mase tgk citer ni, tried to tutup my telinga coz tak sanggup nak dengar bunyi hantu tu….first time tgk citer hantu sampai menggigil….tak penah penah mcm ni……compare tu citer hantu korea, Jangan Pandang Belakang ni way much better……lagi best n ade potential nak lawan Korean n Japanese horror movies……well done…..!!!!!

Tina kata:

Saya tgk citer ni malam minggu hari tu….. Pukul 9:55 mlm kat TGV Jusco Tebrau. Hehe.. punyalah seram giler….mmg seram….. saya bagi 5 bintang tuk film ni. Sebab boleh bagi hubby saya pun takut. Sebelum ni, dia tak takut tgk citer hantu. Tapi citer ni bagi dier takut dalam panggung tu….. hehe saya pun takut…. sound effect citer ni bagus….first class, adengan2 pun mmg best. Great Job to Ahmad Idham & Pierre Andre.

Didi Gorjes kata:

I watched ini movie sama bestfriend,fit9994 dan eric,hubby aku yg super-cool hari senin lepas. Jgn kata aku “LAME” sbb tengok movie made in malaysia. sbb aku dah tengok semua movie mat saleh dan aku rasa jalan cerita diorang lagi lah bosan.semua sama je. been there done that lah kire. lagipun aku agak cenderung menonton movie melayu kita yg sinopsis bagus dan menarik. aku tidak tonton puaka tebing biru sbb bagiku itu jln cerita yg boring.berebut jantan eh?

JPB is a success walaupun ada satu dua scene yg meng-failkan kengerian hantu tu dengan mata yg super putih mcm pakai liquid paper,dan aku tak suka dgn hantu merangkak kat rumah darma tu. nampak mcm ala2 hantu thailand ke korea ke. lakonan opah,tak disangkal, mmg SUPERB.

Ladyana, terlalu kaku.masih dlm kategori berlakon drama jelah kot.(maaf kalau menyinggung) andre, susah n ak tengok dia berlakon menjerit2. dan dengar suara jantan dia.lol. mak lang, siapa tak salute. ada cat farish jugak ye? ape kene nye yeop? lol. sharu sampai takleh tidor malam lah jugak *tunjal lutut dia yg terangkat2 bila nampak hantu keluar apapun, filem ini berjaya membuat aku mengimbas akan pengalaman membuang saka family belah abah aku. org dulu je yg perlukan bende ni semua,tapi kita sebagai keturunan yg bernama melayu,kadangkala harus menyimpan “sedikit” warisan keturunan agar ia tidak luput…. dan ini juga akan mengukuhkan kaki yg berdiri. tapi jgn la guna untuk tujuan jahat..itu je la nasihat aku. jaga keluarga,jaga harat benda, jaga batas dgn makhluk mcm tu.. Tapi Aku Tetap Wonder>Kenapa Takde Hantu Pakai Baju Terbang2 Kaler Pink Daa…

Macam-macam pendapat kan? Sudah menonton filem paling seram ini? Apa pendapat anda pula?

Apa yang melucukan sangat tu, pakcik David? Foto ketika semua pelakon, pengarah dan penerbit berucap di pentas.

Intan Ladyana, lakonannya dikatakan masih kaku dan perlu banyak belajar. Apa-apa pun awak memang cool sebenarnya.

Sempat lagi tu En Azahari ni baca SMS masa jadi pengerusi majlis.

Ucapan David Teo selaku penerbit JPB agak lucu pada malam itu. Biasala budak UiTM ni ketawa bukan pasal apa… biasala pelat Melayu David Teo ni memang melucukan sebenarnya. Bikin gamat dewan Sri Budiman pada malam tu dengar celoteh David Teo

En Azahari daripada Metrowealth sedang memberi sepatah dua kata. Ehem… ehem, En Azahari… mana album Waheeda nya… hari tu kata nak promote kat Sensasi Selebriti. Hehe gurau je. :)

Pierre Andre dengan penyanyi Cat Farish yang hanya muncul sebagai pelakon cameo. Apa-apa pun, scene masa kereta Darma tersadai di tepi jalan yang sunyi tu memang buat saya rasa seriau habis… Nasib datang Cat ni dengan bas dia… tapi mula-mula ingat karakter Cat ni nampak sesuatuh je… misteri sangat dia ni. Tapi apa yang terjadi sebaliknya, cabut lari dia bila nampak satu lembaga…. nasib baik tak terkucil dalam seluar! Hahaha! :)

Saya rasa nak tonton filem ini buat kali ketiga. Nak ikut? Jom! Kasi gegar TGV KLCC!

Tags: , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Jangan Pandang Belakang Seram Giler!
  • Jangan Pandang Belakang: Filem Paling Meletop 2007
  • Senarai Pembaca ke Majlis Pra Tonton I’m Not Single 8 Julai Ini
  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon
  • Jangan Pandang Belakang - Apabila Yang Mati Bertemu Yang Hidup
  • Budiey Mencari 5 Pembaca Bertuah ke Pra Tonton Filem CONGKAK
  • Biodata Pierre Andre
  • Jangan Pandang Belakang Catat Sejarah
  • Sensasi Selebriti Readers ToGether-Gather di TGV KLCC Sabtu Ini!
  • Gambar Bersama Pembaca di Pra Tonton Filem CONGKAK



  • 17 Komen untuk entri “Komen Pembaca & Gambar Pra Tonton Jangan Pandang Belakang di UiTM”

    1. pakcik MMA kata:

      budiey,

      yes. mmg best citer ni. seram giler. masa i tgk kat mines kelmarin, ada 2 org perempuan keluar panggung terus. huhu. Ada satu part yg kat kg tu i terus nyorok bwh kerusi. hahaah.

    2. Izham kata:

      tu tamarjalis yang tulis cerita bercakap dengan jin tu ke?

    3. Budiey kata:

      Pakcik MMA, ya rabbi, biar benar sampai keluar panggung… sia-sia dia beli tiket. Tu la, tak baca AMARAN kat poster kot…. orang sakit jantung dilarang tonton filem nih.
      Izham, a ah, baru perasan. Lama betul tak dengar pasal Tamar Jalis tu, ntah, ntah dia la tu kot. Tapi kalau Tamar Jalis tu ada mesti dia boleh buat skrip yang power punya seram.

    4. affanazami kata:

      betul ke sedap cte ni.. taktgk agi ni.. takot la cite antu. hahaha.. Mr. Budiey teman leh?=p

    5. Budiey kata:

      Affanazami, jom la, kita tgk hari Sabtu ni. Tapi kena tempah tiket awal-awal la, kang pergi saje cam tu, tiket habis. Terpaksa tengok citer mr Beans lak… hahaha :)

    6. erin kata:

      best sgt.. filem hantu melayu best ever! 4.8/5 bintang.. congratulations to pierre, idham n david.. buat citer mcmni banyak² surely org² mcm i akan support.. wat malik? kali ketiga.. jgn lupa ajak erin k.. hehe

    7. Budiey kata:

      Erin, la dah tgk ke? Mesti ngan boypren nih. A’ah. first time tgk filem ni masa pra tonton kat UiTM. Tak puas hati sbb tak dpt dengar dia punya Digital Dolby Sound. So, kena pi panggung gak. Tapi dapat tiket kat bawah. Tak puas hati… kali ini nak gi tgk tapi kena tempat duduk kat tgh2. Selesa sikit kan… tapi tu la, ada ke tiket untuk show Sabtu ni?

    8. affanazami kata:

      mesti ada punya!=)

    9. Izham kata:

      kalau ada saya nak join boleh tak?

    10. Budiey kata:

      Nanti i pi cari tiket dulu malam ni…. kalau ada kita boleh buat gathering for Sensasi Selebriti readers… ada sape-sape lagi yang nak join, sila tinggalkan pesanan anda di sini ya…

    11. mazen kata:

      mazen pun nak ikut….

      ckp jer bila, d mana, and masa. mazen terus jer lari ke tmpt tu..

      (ceh, semangat waja nmpk aku ni.) he he he…t’over plak. tp btul la. mazen pun nak ikut gak. boleh jumpa budiey, erin n member2 yg lain. btul tak?

      Jom la bah….

    12. Budiey kata:

      Mazen, ok malam ni Budiey akan ke TGV KLCC cari tiket JPB. Yang dah kompem nak join:
      1. Budiey
      2. Izham (dari Seremban)
      3. Mazen
      4. Sape lagi?

    13. mazen kata:

      jom erin… i hope to see u n budiey kat sana.

    14. Sariza kata:

      Cerita boleh kata seram la.. Tapi hantu tu make-up macam alien. Sebenarnye cerita ni pasal alien ke hantu.. Jalan cerita ok la.. Kalau simpan hantu tu untuk keluar kat hujung-hujung cerita boleh buat cerita ni lebih suspen. Hantu tu kluar cepat sangat, sepatutnya tak perlu buat rupa hantu tu hodoh sangat untuk takutkan penonton, sebab kelibat yang muncul sekejap-sekejap dah cukup suspen. Helah hantu control TV, lampu, telefon tengah malam, enjin kereta mati tengah jalan… semua tu sama dari filem tahun 80-an lagi. Kenapa tak gunakan helah baru cuba selitkan elemen2 I.T. ataupun technology baru. OK.. satu lagi.. kita dah banyak sangat ‘happy ending’ kenapa tak buat ‘open ended’ ending sebab perkara2 halus macam ni biasanya takde ending. Dari segi tajuk memang menarik..’cathcy’ susunan pelakon nampak macam tak bersedia untuk ‘character’ yang berat macam ni terutama ‘hero & heroin’ mungking kurang pengalaman. Pelakon veteran ok. Secara keseluruhan.. cerita ni biasa saje.. takde yang baru selain dari susunan pelakon saje.. jalan cerita terlalu ringkas tapi ok la.. kalau berbelit2 nanti boring pulak. Kalau sesiapa yang belum menonton eloklah tonton cerita ini untuk memberi sokongan kepada industri perfileman tanahair.. Tapi kalau selalu sokong cerita yang kurang kualiti nanti orang akan buat filem yang sama la.. sebab selalu dapat sokongan dan mendapat jumlah jualan tiket yang tinggi.. cubalah kita fikirkan sama-sama. Walaubagaimanapun, saya bagi 2 bintang untuk cerita ini banyak lagi yang perlu diperbaiki. sekian terima kasih.

    15. mama kata:

      x dapat lagi tengok filem nie t akan diusahakan gak

    16. julia kata:

      Seram siot!!! jalan cerita yg simple namun mampu memebuatkan anak sedara aku terkencing dlm seluar!He’s only 10 years k and insists to watch the movie with me.
      Neway, i think Intan Ladyana harus memperbaiki mutu lakonan. i juz dun want another pretty face in this industry.

    17. atie kata:

      cerita nie nak kata seram tu memanglah seram tapi agak tak msuk akal,teknik kesan bunyi yang kurang baik dan heroin dia agak kaku maybe masih trbawa-bawa wtak nadia dlm cerita puteri tu kot..tp yg pastinya jgn pandang blkang byk mmberikan kesan suspen kpd penonton.

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET