in

Komedi Seram CROSSING di NTV7

SIRI KOMEDI GELAP BAKAL KE UDARA DI ntv7

Siri komedi gelap tempatan terbaru, Crossings akan ke udara mulai 1hb Oktober, setiap Jumaat pada jam 8.30 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.

Tidak semua roh akan bersemadi dengan tenang. Mahupun yang ada, permintaan terakhir, cinta yang tidak pernah diluahkan, ataupun rahsia yang terkubur, selalunya akan menghalang si mati dari melintasi ke alam barzakh secara tenang. Siri tempatan 13 episod ini yang berbahasa Malaysia dan Inggeris , menceritakan kebolehan luar biasa seorang lelaki yang membolehkannya melihat mereka yang telah mati.

CROSSINGSPROMOEG-WHITEBG

Siri penuh dengan kejutan ini, diarah dan diterbitkan oleh pemenang BMW Shorties – Prakash Murugiah dari Kash Pictures – akan memaparkan barisan pelakon yang berbakat. Mereka terdiri daripada – penulis dan penerbit, Zakizamani Osman yang memainkan watak utama, Bob Boroi; pelakon wanita TV dan pentas, Dira Abu Bakar sebagai pembikin filem yang tabah, Katie; dan juga hos dan pelakon, Hansen Lee yang memegang watak sebagai seorang pencipta – Danny.

Bob bekerja sebagai seorang penyusun iklan (copywriter) di sebuah agensi pengiklanan di mana Bob sering kali diarah oleh bosnya, Ms Merlin (Nina Sharil Khan) yang juga suka mendesaknya. Bob juga kerap kali dibuli dan diambil kesempatan oleh kedua-dua rakan sekerjanya – penyambut tetamu dan “permaisuri pejabat”, Anthony (Xavier Fong) dan Brenda (Ruzana Ibrahim), Si Cantik yang mempunyai kebolehan manipulasi yang tinggi. Bob juga merupakan seorang yang mudah dibuli dan selalu diejek. Pendek kata, Bob boleh dikatakan sebagai seorang “loser”.

Suatu hari, Bob mengalami kemalangan aneh yang menyebabkannya mempunyai kebolehan untuk melihat mereka yang telah meninggal dunia atau roh dalam pantulan imejnya di cermin. Dia menggunakan kebolehannya untuk membantu roh tersebut menyelesaikan masalah mereka yang belum selesai ketika hidup. Melalui bantuan Bob, bukan sahaja mereka yang telah mati boleh bersemadi dengan tenang, malah keluarga dan rakan rapat si mati dapat kembali menjalani kehidupan sempurna.

Lakonan berkesan oleh Zakizamani Osman yang juga turut mereka konsep jalan cerita ini telah berjaya membawa watak Bob yang lurus bendul dengan baik. Bob juga mempunyai daya tarikan tersendiri dengan mempunyai sifat yang suka memaaf dan membantu orang lain, menjadikan wataknya digemari ramai.

Bob kemudian berkawan baik dengan Katie, rakan sekerja barunya yang merupakan seorang pembikin filem yang menyerlah dan berperangai seperti seorang lelaki. Mereka berdua kemudiannya berganding bahu pada kali pertama untuk membantu roh mencari ketenangan dan dalam proses itu, mereka telah bertemu dengan Danny yang gemar sekali mencipta alat pengesan hantu.

Mereka bertiga kemudiannya menjadi kawan karib dan bekerjasama untuk menolong roh-roh yang memerlukan bantuan Bob. Mereka bertiga melalui pelbagai adegan lucu ketika cuba menyelesaikan masalah roh yang menhantui Bob. Watak misteri yang hanya dilihat bayangannya dan kemunculan nota untuk Bob secara misteri menambahkan lagi aspek suspen dalam siri ini.

“Sebagai stesen televisyen yang dikenali sebagai Saluran Ceria Anda, kami amat teruja untuk memperkenalkan sebuah siri tempatan yang terjamin dapat menghiburkan seluruh keluarga. Sebagai penyokong teguh industri hiburan tempatan, kami sentiasa memastikan bahawa industri tempatan akan terus berkembang dengan mengasah bakat baru dan memberikan mereka peluang untuk menyerlah,” kata Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul. “Barisan pelakon “Crossings” yang berasal dari seluruh pelusuk industri hiburan, dengan kualiti pembikinan yang tinggi membuktikan bahawa negara kita mempunyai ramai bakat yang boleh diketengahkan.”

Crossings juga akan memaparkan gabungan barisan pelakon undangan menarik seperti Craig Fong, Indy Nadarajah, Ako Mustapha, Yvonne Sim, Chew Kin Wah, James Lim, Alan Yun, Julia Ziegler, Mustapha Kamal, dan Prem FlyFm. Selain daripada barisan pelakon dan skrip yang menarik, penonton juga boleh menantikan sebuah siri yang akan memaparkan sinematografi dan penyuntingan yang berkualiti tinggi.

“Crossings merupakan sebuah siri yang menggambarkan rakyat Malaysia, dengan barisan pelakon yang pelbagai kaum dan agama,” kata pengarah dan penerbit Crossings, Prakash Murugiah. “Walaupun bahasa utama siri ini ialah dalam bahasa Inggeris, sedikit sebanyak daripada episod Crossings termasuk bahasa lain seperti Bahasa Malaysia, Kantonis dan Tamil. Siri tempatan ini mempunyai jalan cerita yang unik setiap minggu dalam genre komedi gelap dan kami berharap bahawa penonton akan terhibur.”

Pastikan anda tidak ketinggalan menonton Crossings mulai 1hb Oktober pada setiap Jumaat, jam 8.30 malam, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda!

L-R Crossings director Prakash and cast Ruzana, Xavier, Zakizamani, Dira, Nina, Hansen

During Q&A, Crossings cast and director with Senior ntv7 PR Exec Rowena Wong

Zakizamani as main character Bob

Dira Abu Zahar as Katie

Hansen Lee as Danny

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cinta Baru Zarina

Kamal Adli, Diana Rafar dalam Senandung Semalam