in ,

Najwa Latif Promote Rakan Youtube di Jelajah Sahabat

Najwa Latif tampilkan rakan-rakan youtube di “Jelajah Sahabat”

Setelah bakatnya dicungkil dari laman sosial “youtube” kini Najwa latif memperkenalkan rakan rakan youtubenya di promosi jelajah beliau.

Baru-baru ini, bertempat di Plaza Angsana Johor Baharu Najwa menampilkan bakat bakat baru youtube dengan menjemput mereka bersama-sama mengadakan persembahan di jelajah tersebut antaranya ialah kumpulan IamNeeta dan Syamkamrul.

Jelajah Sahabat

Menurut Najwa, selain mempromosikan mini album beliau dia juga ingin memperkenalkan rakan-rakan youtubenya selain memberi pendedahan kepada mereka. Dalam sessi jelajah ini juga Najwa telah menjemput rakan artis lain seperti Mimie Haris dan kumpulan Sleeq, di mana Najwa akan berkolabrasi bersama-sama kumpulan Sleeq dalam satu lagu single yang bertajuk “Untuk Dia”.

najwa

Di kesempatan ini juga Najwa juga ingin melancarkan single ke 3 beliau yang bertajuk “Kosong” yang akan di jadualkan di keluarkan awal Mac ini. Selepas Plaza Angsana sessi jelajah “Sahabat Kita “akan di jadualkan di Taiping Sentral pada 25(Najwa Latif,Iamneeta,Syamkamarul) Feb dan 26(House of Five,The Alif,Nana Azmi) Feb 3pm serta Kuantan Parade pada 26 feb jam 3pm.

Berikut facebook dan youtube artis-artis yang terlibat :
1. Iamneeta
2. Syamkamarul
3. The Alif
4. House Of Five
5. Sleeq
6. Mimie Haris
7. Nana Azmi

najwa

najwa

najwa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Hits A Dozen

Olivia Newton-John Live In Genting