Koleksi Gambar Majlis Kahwin Que Haidar & Linda Jasmine
Tiga jam sejurus dinikahkan, pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Hiadar atau Que Haidar, 30, dan koreografer Linda Jasmine Hashim, 37, disandingkan dalam satu majlis resepsi berkonsepkan ‘bali dalam taman’. Linda yang anggun mengenakan gaun rekaan Syaiful Bahrim manakala Que segak dalam sut rekaan Lord’s Tailor tiba di Bora Ombak, di sini, kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Majlis dimulakan dengan paluan kompang dan seterusnya dibuka dengan persembahan tarian ‘Raikan Kasih’ daripada Ala Dancers. Kemudian, berkumandang persembahan nyanyian daripada anak didik Linda daripada Akademi Fantasia iaitu Amylea, Farhan, dan Riz. Turut menyanyi adalah Jebat dan Zila.
Walaupun sedikit panas, namun majlis yang menggunakan sepenuhnya kawasan luar dan dalam restoran itu berlangsung dalam keadaan baik dan menimbulkan suasana yang romantik apabila disuluhi oleh cahaya suram daripada lampu neon dibantu dengan cahaya lilin.

Dengan pelamin indah bersama banyak kuntuman bunga ros kertas berwarna putih serta beberapa ekor rama-rama hiasan yang direka oleh penyanyi Jeslina Hashim dan dibantu oleh pihak Bora Ombak sendiri, 400 orang tetamu yang hadir turut menyaksikan pasangan ini melangsungkan upacara menepung tawar.
Ketika upacara memotong kek.






Antara selebriti yang hadir adalah Linda Onn, Dafi AF5, Awal Ashaari, Shasha Bashir, Ramli MS, Lufya AF6, Pamela Chong, dan Fatimah Abu Bakar. Beberapa jam selepas itu, upacara memotong kek tujuh tingkat daripada The Blooming Cake merupakan upacara terakhir sebelum Que dan Linda memberikan ucapan.
Pasangan yang mengenakan busana pengantin rekaan Calvin Thoo untuk upacara tersebut sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir serta pihak yang membantu menjayakan majlis tersebut.
“Terima kasih, kepada semua yang menjayakan majlis ini yang banyak sangat jika kami ingin sebut satu-persatu dan sayangku..I love you,” ucap Que yang selepas itu melirik dan tersenyum kepada Linda. Ramai orang yang saya perlu sebutkan. Jadi, terima kasih kepada semua,” kata Linda yang sejurut selepas itu turut menuturkan perkataan I love you dengan penuh romantis kepada Que.
Antara pihak yang turut memberikan sumbangan kepada majlis perkahwinan Linda dan Que adalah Jakel, Habib Jewels, Jeslina Hashim selaku perunding perkahwinan daripada Polkadotted Creative Solution.
Terdahulu, kira-kira pukul 5.45 petang tadi, Que sah bergelar suami Linda dengan dua kali lafaz selepas dinikahkan oleh jurunikah masjid kawasan Ampang Abu Sapian Jasin berwalikan bapa Linda Datuk Murad Hashim.

Que memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda. Sementara linda cantik seperti ‘ratu’ dalam busana putih rekaan Datin Sharifah Kirana membalas dengan sebentuk cincin.
Majlis resepsi pihak pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Mac depan di dewan orang ramai Felda Taib Andak, Kulai, Johor dengan tema diraja. – mstaronline









Tags: Gambar, Linda Jasmine, Que Haidar
Tags: Artis Berkahwin, Gambar, Que HaidarClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 16th, 2009 at 12:10 pm
awat linda nampak gemuk pakai baju kawin
February 16th, 2009 at 12:20 pm
she look better kat pic2 ni..tapi still nmpk tua..
February 16th, 2009 at 1:45 pm
Congrats to Que & Linda..Simple but sweet..
February 16th, 2009 at 1:50 pm
Hai semua..Linda nampak gemuk kat gambar tu sbb Que lbh ‘slim’ dari dia kot..Dan,dia nmpk tua sbb Que lg muda,tak gitu??Tp,sesuai ngan usia dia la tu..Kalau dia nmpk muda lain pulak komen,nanti tak pasal2 kutuk Linda suntik sana-sini..Jd,doakan lah yg terbaik untuk mrk..Tua/Muda;Gemuk/Kurus semuanya ciptaan Yang Maha Esa..Peace=)
February 16th, 2009 at 2:01 pm
Ok la..sama2 cntik walaupun…. selamat pengantin baru buat Que n Linda,semoga kekal ke akhir hayat..tp knpe pilih 14/2..bukan ke tarikh tu tarikh kejatuhan islam…??? hermmmmm…
**haluuu Atuk N Tabuan..**
February 16th, 2009 at 2:31 pm
hai budiey.. x ada ceta pasal adlin n emilyea.. dgr dirog kawin on 14 gakkan
February 16th, 2009 at 3:01 pm
dia bkn gemuk,tp mmg badan dia jenis saiz besar, kn dia org putih.org ptih kn mmg potongan bdn cmtuh kebanyakannya..apa2 pn,tahniah..tp,xnmpk pn jeslina hashim..rama2 tu cntik,tp kalo warna krim n kecil ckit rasanya lebih comel..anyway, doakan moga kalian bahagia hndaknya..amin
February 16th, 2009 at 4:11 pm
Tiara Habib Jewel tu memang cantik dan ada kelass.
February 16th, 2009 at 5:50 pm
cinta sejati…tak mengenal usia…
February 16th, 2009 at 8:20 pm
is that SOFEA JANE’s daughter?
if so……. FIRST DIPS LADS>> i want her!
February 16th, 2009 at 10:56 pm
Tahniah Que & Linda…semoga kekal hingga akhir hayat. Yang penting restu ibubapa membawa ke syurga. Didiklah isteri sebaik mungkin.
February 17th, 2009 at 2:17 pm
Tahniahhhhh!! Que & Linda. Sama cantik sama padan, anak mesti comel nanti kan……..
February 17th, 2009 at 2:22 pm
moga berkekalan..:)
February 18th, 2009 at 1:26 am
Selamat Pengantin Baru ……..
To me Linda still look like a man in wedding gown ….
Hallllluuuuuuu UMIE ……… !!!!
Long time no hear beb …..
February 18th, 2009 at 10:05 am
tahniah. moga cepat dapat anak.usaha mau lebih.
February 18th, 2009 at 2:47 pm
Biasa le Tabuan..byk kekawan yg not join kapet ss ni,n also im a bit bz wt my new life..(musti Atuk gelakkan cheq,sebab skeping london)
sebab tu Uc diam lame
February 19th, 2009 at 4:46 pm
buuruk gile arr…mende yg seri pun wa tak tahu huhuhuhu
February 20th, 2009 at 11:08 pm
wa gerenti lepas 2 yrs Q cari ayam muda kat luar……boring gila bila tengok KAKAK kat rumah…
March 1st, 2009 at 5:39 pm
TAHNIAH KEPADA LINDA & Q. MOGA DAPAT ANAK RAMAI
March 10th, 2009 at 1:38 pm
cantik baju tuh….
March 24th, 2009 at 10:54 am
seksinyer…
dh jd bini org jgn sksi sgt beb…
April 1st, 2009 at 3:19 pm
baju pengantin gown yang besar sikit tp tutupla
aauurraattttttttttttttt
ni nak tunjukkk errmmmmm2 tula
kenapa tak bukak je sampai abis
April 10th, 2009 at 5:28 pm
AKU SOKONG JAMMIE…OK LA TU..AT LEAST UMUR QUE DAH 30..TK LA CAM RITA RUDAINI N AIDIL..UMUR AIDIL BARU 21..TP DAH JODOH KAN..SI ANYMOUS N KAKAKTUA..KALO KORANG LELAKI N STILL BUJANG..NTAH2 SOK KORANG DPT BINI TUA + TK CANTIK..N KALO KORANG DAH KAHWIN..MUNGKIN ANAK KORANG DPT JODOH CAMTUH…MANA LA TAU KAN…KAN JODOH DITANGAN TUHAN..LEBIH2 LAGI KALO KITA TERLALU NGATA ORG LAIN SELALUNYA TERBALIK KT KITA BALIK…HU HU..PEACE..
May 1st, 2009 at 10:11 pm
Cinta tak kenal usia..pe pun..semoga berbahagia hingga akhir hayat..amin..
May 21st, 2009 at 1:08 am
i tak tau knape i suka tgk pasangan ni!!!!! mcm ada aura buat i nak tgk muka diorang kat tv or internet!!!ni la d katakn sangat romantis!!!!congratulation!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
August 10th, 2009 at 2:02 pm
semoga kekal abadi
December 1st, 2009 at 12:35 pm
nice dress. perfect couple
January 30th, 2010 at 9:19 pm
NICE PIC….SMOGA BERKKLAN SEHNGGA AKHIR HAYAT