in

Kolaborasi Knorr Festival of Flavours Sempena World Food Day

Sempena dengan World Food Day, Knorr Festival of Flavours telah berlangsung di Giant Batu Caves untuk mengumpul dana bagi membantu menyediakan makanan bagi mereka yang memerlukan. Usaha ini adalah sebahagian daripada misi untuk membantu menamatkan kebuluran.

100 peratus daripada hasil jualan makanan di festival ini telah disumbangkan kepada Stop Hunger Now Malaysia, sebuah pertubuhan amal bukan keuntungan yang berusaha untuk membasmi kelaparan. Setiap kupon makanan yang dibeli semasa Knorr Festival of Flavours adalah bersamaan dengan 10 hidangan berkhasiat yang akan disumbangkan kepada rakyat Malaysia yang kekurangan makanan dan khasiat.

Untitled

Selain menyediakan pemakanan yang berkhasiat, inisiatif ini juga menjadi insentif untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersatu sebagai sebuah masyarakat, dan mengubah hidangan lazat yang disediakan semasa festival menjadi sesuatu yang bermakna bagi orang-orang yang kurang bernasib baik. Knorr Festival of Flavours menyaksikan rakyat Malaysia tampil ke hadapan untuk bersama-sama membantu memberikan makanan yang berkhasiat kepada mereka yang memerlukannya.

“Kami percaya bahawa semua orang harus mempunyai akses kepada makanan yang berkhasiat. Namun realitinya adalah satu daripada empat orang di dunia ini masih tidak mendapat khasiat yang mereka memerlukan untuk menjalani kehidupan yang sihat. Usaha kami sama dengan Stop Hunger Now Malaysia akan membantu kami membawa perubahan positif dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati makanan yang berkhasiat serta berperisa yang boleh membantu mereka mencapai potensi diri yang sepenuhnya. Kami harap Festival of Flavours ini boleh menjadi satu langkah ke arah perubahan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada kelaparan,” kata Vincent Chong, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Knorr sentiasa komited untuk membawa perisa kepada kehidupan – sama ada melalui makanan yang lazat atau membantu memastikan makanan berkhasiat boleh dinikmati oleh semua orang. Knorr Festival of Flavours menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang lazat untuk para pengunjung, seperti Sup Ayam, Sup Seafood, Kari Ayam, Ayam Masak Lemak Cili Api dan Sayur Campur. Dimasak menggunakan bahan mentah yang diadun bersama dengan pelbagai produk Knorr, seperti kiub ayam dan Knorr Pasti Sedap, makanan yang dihidangkan adalah mudah untuk disediakan namun tetap berperisa. Ini adalah sama seperti falsafah yang dipegang oleh Knorr, iaitu makanan harian boleh dan patut dihidangkan selazat makanan yang disediakan untuk majlis-majlis istimewa.

Mereka yang hadir di festival itu juga berpeluang bertemu dengan Jasbir Kaur, peserta MasterChef Asia dari Malaysia yang tampil untuk berkongsi beberapa petua serta rahsia masakan beliau. Peserta MasterChef Asia ini turut meluangkan masa bersama peminatnya di festival, dengan bertukar-tukar petua untuk menyediakan makanan yang lazat dan berkhasiat.

Knorr merupakan penaja MasterChef Asia – Siri rancangan TV yang kini disiarkan hanya melalui Lifetime, Astro Saluran 709.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/KnorrMalaysia.

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Selebriti Yang Akan Berniaga di Karnival Usahawan Belia 2015

CYRILL HASSAN

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – IN THE HEART OF THE SEA