in

KKBox Bakal Anjur Warner Music Road Tour 2015

Beberapa barisan artis Warner Music Malaysia bakal mengadakan persembahan di 8 buah tempat bersempena dengan ‘KKBox Presents: Warner Music Road Tour 2015’. Program ‘KKBox Presents: Warner Music Road Tour 2015’ ini merupakan kerjasama di antara pihak Warner Music Malaysia dan juga KKBox.

KKBox merupakan perkhidmatan streaming muzik yang terkemuka di Asia yang telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Taiwan. Tujuan KKBOX dan Warner Music Malaysia mengadakan program seperti ini adalah untuk mewujudkan pengalaman muzik dalam talian kepada pengguna, dan untuk memberi peluang yang lebih luas kepada artis tempatan dan muzik mereka untuk pergi lebih jauh melalui inovasi teknologi.

Program ‘KKBox Presents: Warner Music Road Tour 2015’ ini akan bermula pada Sabtu ini bersamaan dengan 19 September 2015, bertempat di Taiping Central Mall, Taiping, Perak dan berakhir pada 25 Oktober 2015 bertempat di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak.

Barisan artis yang akan terlibat dengan program ini adalah seperti Awi Rafael, Ayai Illusi, Didi Astillah, Kaka Azraff, Aril, Payslip, Juzzthin, Faizul Sany, Fahmie Ismail, Raja Syahiran dan juga Azmir Arif.

Jadi, kepada semua yang berada di Taiping, Perak, jom hadirkan diri anda ke Taiping Central Mall pada Sabtu ini dan meriahkan lagi suasana dengan persembahan oleh barisan artis terkemuka tanah air.

KKBox Bakal Anjur Warner Music Road Tour 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise Filem GOOSEBUMPS

Rasai Pengalaman Menjadi Pelajar AF2015 di School of AF!