in ,

Kiut Julang Trofi Juara Gegar Lawak

Persembahan lawak yang konsisten pada setiap minggu melayakkan kumpulan trio Kiut, untuk dinobatkan sebagai juara Gegar Lawak sekaligus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM 50,000.00 beserta trofi. Kemenangan mereka diumumkan oleh pengacara program, Fad dan Kamal Adli, secara langsung dari Studio Sound Stage Finas, pada Jumaat malam yang lalu.

Kiut Julang Trofi Juara Gegar Lawak

Persembahan mantap dan konsisten, raih anugerah ‘Man On Demand’ sebanyak empat kali bukti persembahan lawak bertaraf juara

Dalam persembahan yang bertemakan ‘bebas’, Kiut memilih untuk mengetengahkan kisah lucu mengenai suami yang takutkan isteri manakala bagi persembahan yang bertemakan ‘muzikal’ pula, mereka mengangkat kisah hulubalang istana bersama si raja sambil menyelitkan mesej mengenai masalah sosial dengan kreatif.

Naib juara, Eyya yang merupakan satu-satunya finalis wanita berjaya membawa pulang RM 25,000.00 beserta trofi. Dalam persembahan pertama, Eyya membawakan watak seorang penyanyi rock wanita bernama Aweena, dan di persembahan kedua pula beliau bertukar menjadi pembaca berita yang mengupas pelbagai topik terkini.

Tempat ketiga dirangkul oleh kumpulan Abata dan kumpulan trio ini memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.000 beserta trofi. Kumpulan ini menyelitkan unsur silap mata dalam persembahan ‘bebas’ mereka dan mendendangkan lagu-lagu hit masa kini sambil diselitkan dengan unsur-unsur lawak bagi persembahan ‘muzikal’.

Tempat keempat pula diraih oleh peserta solo dari Terengganu, Padil dan beliau membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM 10,000.00 berserta trofi dan pemenang tempat kelima pula disandang oleh kumpulan duo, 2B, dengan wang tunai berjumlah RM 5,000.00 berserta trofi.

Kesemua finalis diadili 70% oleh barisan juri tetap iaitu Dato’ AC Mizal dan Douglas Lim serta juri jemputan, Nabil Ahmad, manakala 30% lagi oleh penonton menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS). Hadiah kemenengan pula disampaikan oleh Bob Azrai Kamaruddin, Ketua Unit Komedi dan Sitkom Astro sambil disaksikan oleh Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Warna.

Pentas akhir Gegar Lawak telah dipancarkan secara langsung dari Studio Sound Stage Finas pada Jumaat lalu (16 Mac 2018), jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) setelah lapan minggu bersiaran sejak pada 26 Januari.

Kiut Julang Trofi Juara Gegar Lawak

Kiut Julang Trofi Juara Gegar Lawak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Konsert ONEREPUBLIC LIVE IN MALAYSIA Laris Dijual

Info Tentang Filem ROH YANG TAK TERLIHAT