Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Kisah Sepah Raja Lawak di Astro Ria



KISAH SEPAH DI ASTRO RIA

Astro RIA (saluran 104) dengan bangganya meneruskan inisiatif untuk memberikan hiburan untuk seisi keluarga yang berterusan dengan membawakan sebuah lagi program yang bakal mencuit hati para penonton melalui program Kisah Sepah yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.30 malam bermula pada 29 Mac 2009 ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA (saluran 104), Encik Khairul Mizan Shagul berkata, “Seperti yang telah dijanjikan, juara bagi program realiti Raja Lawak Astro akan muncul melalui program khas sejurus selepas bergelar juara sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong pembabitan mereka semasa pertandingan berlangsung.

Kami yakin kumpulan Sepah mempunyai peminat tersendiri yang akan terus menyokong kerjaya mereka sehingga menjadi kumpulan pelawak yang disegani tidak lama lagi. Program khas yang telah disediakan ini merupakan salah satu daripada batu loncatan yang telah dirancang bagi memulakan  kerjaya mereka selaku  pelawak yang bukan sahaja berkualiti  malah  disegani .”

“Selepas kejayaan program Raja Lawak Astro musim ketiga berjaya menarik perhatian ramai penonton terutamanya pada episod akhir yang berjaya meraih lebih daripada 1.3 juta penonton, kami yakin pelawak-pelawak yang kami lahirkan melalui program ini mempunyai ruang untuk terus berkarya di dalam industri hiburan tanahair.

Prestasi yang membanggakan ini juga merupakan salah satu daripada testimoni utama kami dalam memberikan hiburan yang berterusan dengan menonjolkan juara bagi program Raja Lawak Astro, iaitu kumpulan Sepah  melalui sebuah program khas lapan episod,” ujar Khairul lagi.

Kisah Sepah akan memaparkan perjalanan dan aktiviti kerjaya seni kumpulan Sepah selepas mereka dinobatkan sebagai juara bagi program realiti mencari bakat lawak melalui Raja Lawak Astro musim ketiga. Segala pengalaman pahit manis dan suka duka mereka yang baru pertama kali bergelar artis akan dipaparkan dalam program khas ini selama 30 minit pada setiap minggu.

Pelbagai gelagat spontan mereka boleh diikuti semasa menghadiri sesi fotografi, membuat persembahan pentas di khalayak umum dan majlis tertutup serta kegiatan mereka di masa lapang. Para penonton juga dapat melihat bagaimana mereka bersatu dalam mengeluarkan idea-idea bernas sebelum mengadakan persembahan pentas.

Kumpulan Sepah yang terdiri daripada Shuib, Mamat dan Jep juga akan berkongsi pengalaman suka-duka sebelum menyertai pertandingan Raja Lawak Astro.

“Istimewanya program khas ini juga ialah apabila para penonton akan didedahkan dengan pengakuan-pengakuan kumpulan Sepah sebelum dan semasa pertandingan berlangsung yang belum pernah dihebahkan kepada mana-mana pihak seperti Shuib dan Jep yang bernazar untuk membotakkan kepala jika terpilih memasuki pertandingan Raja Lawak Astro musim ketiga,” ujar Khairul lagi.

Selain dari mengikuti kegiatan kumpulan Sepah di belakang tabir, para penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan sketsa pendek sebagai selingan program.

Bagi mereka yang merindui gelagat dan persembahan pentas kumpulan Sepah pada setiap minggu melalui pertandingan Raja Lawak Astro musim ketiga, jangan lupa untuk saksikan perjalanan pertama mereka bergelar anak seni melalui program Kisah Sepah pada setiap hari Ahad, jam 9.30 malam bermula pada 29 Mac 2009 ini. Eksklusif di Astro RIA!

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Maharaja Lawak Minggu 9 Kumpulan Sepah
  • Lawak Sepah di Maharaja Lawak Akhir
  • Video Lawak SEPAH Maharaja Lawak Minggu 4
  • Jozan di Maharaja Lawak Akhir
  • Ucapan Hari Raya dari Kumpulan SEPAH
  • Gambar Angah & Along Raja Lawak di ABPBH2010
  • Sekitar Amazing Race Bujang Sepah di Golden Palm Tree Resort
  • Gambar Kad Kahwin Nabil Raja Lawak
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos



    • Ntahla….

      Wah!, dah ade show sndiri…msti gempak aksi Sepah ni nnt…hrp2 you guys akan terus berjaya & x berpecah ye…..

    • ReD

      SEPAH TAK LAWA.. SEPAH CAM SAMPAH.. MENYAMPAH!!!!

    • jepun

      sepah terbaik setakat ni.. lawa tak lawa tu ciptaan tuhan.. tak baik mengutuk..

    • sipot sedot

      sepahhh besssss gileee!!
      slamat maju jayaaa!!

    • Nurkasih_aisya

      kalau tak suka…diam…kalau suka..sokong….xyahla nak kutuk2 org..buat tambah dosa je…

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      sepah neh kan cam pengganti do re mi…

      nazri – allahyarham P. Ramlee
      shuib – aziz satar
      mamat – S. Shamsuddin

      kira cam lebih kurang gak la depa bertiga neh ngan trio doremi… saiz badan pun ala-ala jugak…hihi

    • pin

      SEPAH MEMANG BEST….LAWAK KORANG X SAMPAI KENA MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI BRU ORANG GELAK..AKU PLG SUKE JEPP.
      DIE MMG SENGAL..
      KORANG KATE DIORANG BURUK…OKAY APE MUKE DIORANG…XHENSEM…XBURUK…HENSEM X PENTING BEB…
      BAKAT YG KITE NAK….

    • suar kecik

      sepah ringan tapi baca rumah sewa sedih geng lu orang sepah byk sabo rezeki ade tapi biar lawak brutal jgn lawak sedih mcm senario huhuhuhuhu

    • sezem…

      memang best sepah… lawak sepontan dan pedas… eh!! nak tau, apa lagu latar belakang sepah di ERA 9.00 – 12mlm? nak tau lagu dia

    • ZACK AIRIL

      Korang dah wat orang ketawa, dah jadi macam doktor psitrik laaa…. pengubat orang yang mental kurang normal. tanks….. semoga korang berjaya dan bersatu sampai bila-bila.

    • azhar mat

      kira paling mantap buat kumpulan sepah

    • linda

      sepah memang best…aku suka betul dengan dorang bertiga…kalau la berpecah comform mesti lawak dorang xmenjadi kan…betul x???

    • dak nerd

      .cye cke bujang sepah.
      .koz diowang gyler2.
      .diowang bwat lwk spontan. .
      .sEpah fEmEs aa.

    • nur shafikah

      skunk kmpulan sepah makin p0pular … tpi sye ska tngook si mamat mmng klakar gler ar … smpai mengalir air mata … hahaha …. mngkin klau ada rezeki mybe ley blak0n filem …. urmm .. k la abg2 sepah … papai …



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK