in ,

Kisah Pilih Jodoh Dalam Telemovie Komedi MENANTU ENCIK IKAN MASIN

Peranan ibu dan ayah dilihat begitu penting dan memberi impak yang besar dalam mencari jodoh yang terbaik untuk anak-anak masing. Dengan pengalaman hidup yang dimiliki pastinya mereka mampu melihat dan mentafsirkan jodoh yang sepadan dan dapat memberikan kebahagiaan kepada anak mereka. Namun seiring dengan perkembangan moden masa kini, ada yang menyerahkan kepada zuriat mereka untuk menentukan pilihan teman hidup mereka sendiri.

Disampaikan dalam bentuk santai dan komedi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan telemovie bertajuk “Menantu Encik Ikan Masin” arahan MP Roslin yang dihasilkan skripnya oleh Amaz Mazilan yang mengangkat kisah seorang duda mencari calon suami untuk anak perempuannya.

Kisah Pilih Jodoh Dalam Telemovie Komedi “Menantu Encik Ikan Masin” di TV1

Menghiburkan penonton pada 27 Mac ini, pukul 10.30 pagi menerusi TV1, kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak utama Encik Osman seorang duda mahu mencari calon suami anak perempuannya bernama Mawar. Mawar anak gadis yang cantik dan menjadi rebutan pemuda di kampung mereka. Apatahlagi dengan perwatakannya yang menarik dan sopan santun.

Langkah pertama mula dilakukan Osman untuk memastikan anaknya bertemu jodoh yang sesuai dan dapat menjaganya dengan baik. Namun segalanya tidak mudah. Dia berdepan pelbagai ujian dalam mencari calon tersebut.

Dalam diam salah seorang pemuda kampung dikenali sebagai Azroy menyimpan perasaan terhadap Mawar. Namun Azroy yang mula membuat perancangan jahat selepas dia ditolak mentah-mentah Osman untuk menjadi suami Mawar.

Akhirnya secara tidak sengaja dia berjumpa dengan Haikal, anak orang kaya dari bandar. Adakah Haikal berjaya meyakinkan Osman dirinya adalah calon yang sesuai? Bagaimana pula dengan Mawar adakah dia menerima jodoh dicari ayahnya tanpa sebarang bantahan?

Telemovie terbitan Enuja Production Sdn Bhd ini dibintangi oleh pelakon Kazar Saisi, Liza Abdullah, Mas Muharni, Azhan Rani, Acong Sweetchild, Man Raja Lawak dan Arin Raja Lawak.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Flizzow & Sonaone Turut Perform di Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends

RTM Siar Filem FANTASTIC FOUR RISE OF THE SILVER SURFER