in

Kisah Pemuda Insaf Dalam Telemovie 99 Kekasih

Kisah Pemuda Insaf Dalam Telemovie 99 Kekasih Di TVi

Pengajaran diberikan Allah kepada setiap makhluk yang dikendakiNya. Ianya juga datang dalam bermacam cara yang adakalanya tidak terduga sama sekali. Kisah pengajaran yang mengundang keinsafan dalam diri seorang pemuda yang suka berpoya-poya melatari drama disiarkan Ramadan ini menerusi TVi.

Ia mengangkat kisah Danial, seorang kaki perempuan dan sering berpoya-poya dalam kehidupan sehariannya. Namun setelah dia terserempak dengan gadis bernama Ayu, sikapnya mula berubah dan sedikit demi sedikit mula meninggalkan sikap buruknya itu.

babak kemalangan dalam 99 kekasih

Menampilkan gandingan pelakon utama Erry Putra, Azhan Rani dan Sheera Iskandar, drama menemui penonton pada 5 Ogos 2012, jam 12 tengahari bertajuk 99 Kekasih ini bermula dengan babak suatu hari Danial terlibat dalam kemalangan dan kebetulan Ayu telah membantunya.

Begitu pun setelah membantu Danial, Ayu menghilangkan diri dengan meninggalkan sebuah buku 99 Nama Allah di sisi Danial. Sejak membaca buku itu, Danial telah berubah sikap dan berharap agar dapat berjumpa dengan gadis yang diminatinya itu. Harapannya tercapai apabila dia terjumpa secebis kertas yang mengandungi alamat Ayu dan Danial memberanikan diri berjumpa sendiri dengan Ayu.

Danial berterus-terang menyatakan hasrat untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Kebetulan Danial turut menawarkan pekerjaan kepada Ayu yang masih menganggur. Ayu bersetuju dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat.

Pada suatu hari, ibu Ayu menelefon Danial memberitahunya bahawa Ayu masih belum pulang dari kerja. Danial mendapati rupa – rupanya Ayu diculik oleh Nina, bekas kekasih Danial yang marahkannya kerana tidak membalas cintanya. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh Danial untuk menyelamatkan Ayu.

Bagaimanakah kesudahannya apabila Danial mendapati bahawa dia menghidap HIV positif selepas menderma darah kepada Ayu yang dicederakan oleh Nina? Adakah Ayu menerima cinta sejati dari Danial yang berani menyelamatkannya?

Untuk mengetahui kesudahan apakah keduanya dapat bersatu atau sebaliknya, luangkan masa anda menonton drama 99 Kekasih hanya di TVi.

Konflik dalam 99 Kekasih

babak dalam 99 kekasih

Insaf ... Danial kembali insaf dalam 99 Kekasih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Crowne Plaza Jakarta

Astro Bakal Anjurkan Majlis Berbuka Puasa & Tayangan Program Raya