Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









KISAH MISTERI DALAM DRAMA BILIK NO. 13



SLOT ISTIMEWA HUJUNG MINGGU : BILIK NO.13, BERMULA 21 OGOS 2008, SETIAP KHAMIS, JAM 9.00 MALAM DI RTM2

Bilik No.13 yang memasuki siri ke dua siarannya mengajak penonton terutama peminat drama bersiri misteri, seram dan suspen tempatan menghayati garapan jalan cerita pengarah Anwardi Jamil yang pastinya menjanjikan kelainan kerana penonton bukan sekadar menonton malah turut sama memikirkan jalan cerita seterusnya penyudah kisah-kisah yang diangkat daripada pesakit-pesakit psikologi ini.

Pastinya Bilik No.13 yang menjengah siaran bermula 21 Ogos 2008, setiap Khamis, jam 9.00 malam mengisi slot Istimewa Hujung Minggu di RTM2 ini mampu mencetuskan kepuasan kepada penonton yang inginkan kelainan dan daya tarikan seram malam hujung minggu mereka.

Pelbagai plot mendebarkan disampaikan setiap episod  Bilik No.13 termasuklah kisah Harimau episod 1 & 2 dimana seorang pesakit psikologi menceritakan pengalaman bersemuka dengan lelaki yang boleh menukar dirinya menjadi harimau. Dalam sains dan dunia psikologi, dibuktikan ada golongan manusia yang percaya diri mereka sebagai serigala mahu pun haiwan yang dikelaskan menghidap keadaan likantrofi. Pesakit ini tidak percaya dan kemudiannya trauma menyebabkan dia kurang siuman.

Kisah seram kemudiannya menerusi tajuk Jangan Lupa Tutup Tingkap dimana pesakit yang lain menceritakan keadaan misteri kehilangan kanak-kanak di kampungnya. Dia yang juga jurujual percaya ada lembaga yang membunuh kanak-kanak itu setelah diculik melalui tingkap rumah masing-masing.

Usah ketinggalan juga menyaksikan kisah misteri Kereta Mayat yang diceritakan oleh pesakit berkongsi peristiwa pelik dialaminya setelah membunuh seorang gangster yang mengamalkan ilmu hitam. Dia dan juga teman-temannya menyedari ada sesuatu yang tak kena dengan mayat gangster itu hingga menyebabkan rakannya mati.

Menerusi 13 episod siarannya, drama bersiri terbitan Manja Films Sdn Bhd ini mengetengahkan tajuk berlainan saban minggu selain Harimau bahagian 1 & 2, Jangan Lupa Tutup Tingkap dan Kereta Mayat seperti Foto, Peti, Putri Bunian, Artifak, Pelawat Malam, Topeng, Samurai, Kelab Ronggeng dan Rahsia Dr. Iliya.

Jangan ketinggalan meluangkan masa di hujung minggu anda dengan menonton Bilik No.13, bermula 21 Ogos 2008, setiap Khamis, jam 9.00 malam di RTM2 yang diharap mampu mencetuskan kepuasan di sebalik kisah-kisah misteri, aneh dan adakalanya sukar diterima akal manusia normal ini.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kamal Adli & Diana Amir dalam Drama Seram Pusaka
  • Kamal Adli & Diana Amir dalam Drama Seram Pusaka
  • Pengarah Drama SAKA: Minda Penonton Perlu Diubah
  • GAMBAR KEKASIH HATI AVAA VANJA
  • 10 THINGS I HATE ABOUT YOU di 8TV
  • Sinopsis Drama Seram Tower 13 Lakonan Dira Abu Zahar
  • Drama SAKA Lakonan Juliana Ibrahim Nasir Bilal Khan di TV3
  • Tonton Membawakan Imbasan Kisah Cinta
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Nasir Bilal Khan, Atie AF dalam Drama Seram Loga Maya



    • http://klatey.blogspot.com/ pokcu

      bolo maso mu tgk crito budin wes,, huhu
      sedak jh duk ngepen drama.. tgk ko dop ,,, huhu

    • http://klatey.blogspot.com/ pokcu

      huhu,, cepat le ngepen crito apo lagi,, nok komen slaluh nis,,huhu

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      No 13 lgi .. mcm Friday The 13th .. awat x wat no lain …

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      oh no not another “horror” series. pretty crap i say

    • putri

      best bangat sih crite ini
      walaupun gue org indon tapi bagi gue,crite ini best bangat
      terusin menonton,ya?
      gue tabik deh sama lo

    • http://Www.rider.com.net Yagami 86

      Ok,ada imej tersendiri.terbaik setakat ini



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK