in

Kisah Dunia Perubatan dalam Miami Medical

KISAH DRAMA PERUBATAN DALAM MIAMI MEDICAL DI TV2

Drama perubatan sememangnya memiliki pengikutnya tersendiri terutama bagi golongan yang menceburkan diri dalam bidang ini atau pun mereka yang berminat mendalami bidang ini. Malah drama-drama bercorak begini juga menyumbang pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat tentang kerjaya seorang pakar bedah trauma yang bekerja di bawah tekanan untuk menyelamatkan pesakit yang menderita luka parah.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sentiasa prihatin dengan tayangan program yang memenuhi citarasa penontonnya membawakan drama perubatan popular, Miami Medical telah bersiaran sejak 2 Oktober lalu, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di TV2.

miami medical

Menerusi 13 episod siarannya, Miami Medical berkongsi kisah sebuah pasukan doktor bedah ahli yang semakin berkembang. Mereka bekerja di unit trauma dimana mereka bertungkus-lumus berperang dengan perasaan sendiri membantu pesakit yang sememangnya sudah tiada harapan untuk hidup lama.

Sebagai sebahagian daripada Pasukan Alfa di situ, pasukan doktor bedah profesional ini berperanan besar untuk merawat pesakit dengan kecederaan yang mengancam nyawa.

Penonton diajak berkenalan dengan watak-watak utama siri perubatan ini termasuklah Dr Matius Proctor. Dia adalah anggaota baru pasukan trauma di situ setelah meninggalkan kerjaya lamanya dalam bidang swasta yang menguntungkan. Terdahulu dia pernah bertugas di unit MASH semasa Perang Teluk pertama.

Kemudiannya watak Dr.Eva Zambrano, seorang doktor bedah yang kuat bekerja. Namun pada masa sama dia berharap untuk mempunyai lebih banyak masa untuk menjalani kehidupan peribadinya.

Teman mereka Dr.Christopher Deleo yang dikenali sebagai Dr.C pula adalah kaki perempuan yang kehidupan sehariannya di kelilingi oleh ubat-ubat trauma. Daripada sisi yang lainnya pula dia seorang peminat koboi yang genius. Dalam pasukan sama juga ada Dr Serena Warren pula baru lulus dari sekolah perubatan dan cepat belajar erti percubaan tentang api.

Mereka dibantu oleh ketua jururawat bernama Tuck Brody yang berperanan mengimbangi keperluan doktor dan keluarga pesakit di situ yang selalunya memerlukan kesabaran yang tinggi serta tidak mudah lemah semangat.

Bertindak secara bersama-sama, pasukan ini unggul sebagai doktor dalam ‘lingkungan emas’ untuk membantu pesakit yang menderita luka parah. Apatahlagi ketika hidup pesakit bergantung pada usaha keras mereka untuk diselamatkan.

Saksikan babak-babak menarik dan adakalanya mencemaskan menerusi drama rantaian yang dibintangi pelakon hebat Jeremy Northam, Lana Parilla, Mike Vogel, Elisabert Harnois dan Omar Gooding ini pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Karnival Sua Rasa TV9 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu

Album Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan