Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









KIMORA LIFE IN THE FAB LANE



BERTEMU DENGAN WANITA YANG KAYA RAYA

7 Episod

Tarikh: 14 OGOS 2008 (Khamis)

Masa: 10.00 malam

Dia merupakan seorang model, ikon fesyen, pengusaha dalam industri fesyen dan yang paling penting dia juga seorang ibu kepada dua anak. Siapakah dia? Tentulah Kimora Lee Simmons!

Belajarlah bagaimana untuk memimpin sebuah perniagaan dengan maju dan pada masa yang sama  menjadi seorang ibu yang baik dengan menonton sebuah kisah hidup menarik mengenai Kimora : Kehidupan Yang Mewah di 8TV, bermula pada 14hb Ogos 2008 pada jam 10.00malam!

“Kimora Lee Simmons merupakan seorang ikon fesyen yang disanjungi ramai. Dia memulakan kariernya sebagai seorang model dan kini dia mempunyai jenama fesyennya tersendiri -  Baby Phat dan KLS. Baru-baru ini, dia telah melancarkan satu jenama baru iaitu Fabulosity,” kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

“Kimora bukan sahaja berjaya dalam segala yang dilakukannya tetapi pada masa yang sama dia juga berkemahiran untuk memimpin dan paling penting sekali ciri-ciri kekeluargaan yang patut dicontohi,” tambahnya.

Kim juga berkata, “Saya pasti program ini menjadi kegemaran buat ibu-ibu yang bekerjaya.  Siri ini memberikan sedikit sebanyak tips tentang cara untuk membahagikan masa terhadap keluarga dan kerjaya”.

Kimora: Kehidupan Yang Mewah menampilkan 7 episod tentang kehidupan Kimora Lee Simmons. Ia merupakan sebuah rancangan realiti yang menceritakan tentang kehidupannya sebagai seorang pengusaha yang berjaya dan ibu kepada dua orang anak.

Saksikan kehidupan Kimora bersama anak-anaknya dan juga sebagai pengusaha jenama Baby Phat serta cara kehidupan beliau sebagai seorang fesyen celebriti. Marilah mengembara dan mengenali  diva ini ke seluruh dunia bersama dunia perniagaannya dan keseronokan membeli-belah yang selalu menjadi sebahagian agenda Kimora.

Bagaimana dia menjadikan Baby Phat sebagai satu jenama fesyen? Bagaimana dia menyelesaikan isu kerja dan keluarganya? Adakah dia mempunyai masa untuk meluangkan bersama kedua-dua anak perempuannya?

Jangan lupa untuk saksikan Kimora dan kehidupannya yang mewah di Kimora: Kehidupan Yang Mewah bermula pada 14hb Ogos 2008 pada pukul 10.00malam di 8TV. 8TV juga disiarkan melalui saluran alternatif di Astro saluran 708.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dunia Glamor KIMORA: LIFE ON THE FAB LANE
  • Kimora: Life in the Fab Lane New Season di 8TV
  • Kimora Life In The Fab Lane Musim ke-4
  • Kimora Life In The The Fab Lane
  • Travel Tips Balik Kampung
  • Concert Greyson Chance Live in Malaysia
  • Desperate Housewives New Season di 8TV
  • Kimora Lee Bergambar Bersama Siti Nurhaliza di Malaysia
  • Terima Kasih Cinta The Musical Tickets Up For Grabs
  • PHOTO Star Henry Cavill as Superman



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      i watch this for the lulz. [retty boring show. all we see is a fat diva prancing about

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Pnh tgok 1 epsd je .. nthing intrstng ….

    • naNaku

      alaaa da tgk smpi habis pun kt channel E astro,….yeaahhhh i love kimora very much…she is a mogul,runaway mom….she does everything for fabulousity,….love to watch her cute daughter ming lee & aoki lee…huhuhuhuhuhuhuh :P ;)

    • Imadean

      bes gak la story kimora ni
      but baru tgk 2-3 times only….
      tapi seronok juge la nengoknya….
      dasyat la selebriti hollywood ni..kaya raya…..
      gaknye dlm rumah kimora ni brp org tinggal ek???



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK