in

Kimora: Life in the Fab Lane New Season di 8TV

KIMORA KEMBALI UNTUK MUSIM TERBARU!

Dia merupakan seorang model terkenal, seorang ikon fesyen, ‘mogul’ industri fesyen dan seorang ibu kepada dua anak perempuan yang comel. Ya, Kimora Lee Simmons sememangnya satu ikon fesyen dan ahli perniagaan yang berjaya di Hollywood.

Kimora dan kedua anak perempuannya Ming dan Aoki Lee kini kembali menghiburkan anda untuk musim ke-2! Kimora: Life in the fab Lane (Musim ke-2) akan menemui semua penonton bermula 8 April 2009 jam 9.30 malam hanya di 8TV!

“Kimora Lee Simmons merupakan fesyen ikon yang sentiasa menjadi ikutan di Hollywood. Memulakan karier sebagai seorang model terkemuka sebelum  mengetuai syarikat gergasi Baby Phat, KLS dan Fabulosity,”  kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi.

“Kimora bukan sahaja komited dengan segala yang dilakukannya malah turut mempamerkan semangat sebagai seorang ketua yang disegani tidak dilupakans ebagai seorang ibu yang penyayang dan cukup dikagumi,” ujar Kim.

Kim menambah, “Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang bekerja dan terpaksa menjaga keluarga pada waktu yang sama. Siri ini pastinya dapat memberi sedikit tips dan pengajaran untuk semua ibu-ibu menangani masalah ini,”

Kimora: Life in the Fab Lane (Musim ke-2) merangkumi 9 episod yang memaparkan kehidupan Kimora sebagai seorang wanita berkerjaya, selebriti dan juga ibu.

Jika  di musim pertama program ini lebih banyak menyiarkan bagaimana Kimora membangunkan perniagaannya namun di musim ini ia lebih banyak memaparkan bagaimana Kimora menjayakan perniagannya untuk lebih dikenali. Kimora menjalankan beberapa sesi fotografi, memulakan patung Barbie Kimora, melancarkan koleksi barang kemas, berpindah ke rumah baru dan turut memenangi anugerah Pereka Fesyen Terbaik!

Kimora juga bertambah sibuk dengan persiapan harijadi anaknya Ming Lee yang menyambut kelahirannya yang ke-8. Pada waktu yang sama Aoki mengalami sakit gigi dan enggan di bawa berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.

Banyak yang berlaku dalam kehidupan Kimora untuk musim ini. Jangan lupa untuk menonton Kimora: Life in the Fab Lane (Musim ke-2)  bermula 8 April 2009 jam 9.30 malam hanya di 8TV. Saluran 8TV juga dapat ditonton menerusi saluran 708 Astro.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

kimora

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fairil Emran, Anding Indrawani & Melissa Campbell Dalam Ghost

Berhibur di Gempak Selebriti ASTRO