in ,

Kilafairy, Erin Malik & Putri Chichi dalam 3 Dara Pelamin

Kisah tiga dara di alam dewasa mengharungi suka duka dalam kehidupan, kerjaya, keluarga dan cinta hingga akhirnya menzahirkan kejayaan yang cemerlang melatari drama bersiri terbaharu “3 Dara Pelamin 1” bakal menemui penonton TV1.

Mengetengahkan pelakon Kilafairy, Ammar Asyraf, Erin Malek, Kay Khaydir, Putri Chichi dan Azam Pitt sebagai pelakon utama selain turut dibantu Ku Fridah Ku Shafie, Hamidah Wahab, Aripah Damanhuri dan Muhammad Shafris, drama menarik 13 episod ini disiarkan mengisi slot Bidadari mulai 2 Disember, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi.

Luangkan masa menyaksikan kisah Suhaila, Suhana dan Suhani masing-masing berjaya dalam akademi setelah menggenggam segulung ijazah. Walaupun kedua ibubapa mereka (Syafik & Anis) masih berada diluar negara kerana perniagaan, mereka bertiga masih tinggal dan di jaga oleh tiga orang nenek iaitu Mak Cah, Mak Tipah dan Mak Senah.

pelakon utama

Kilafairy, Erin Malik dan Putri Chichi Berkongsi Pelamin Dalam Drama Bersiri 3 Dara Pelamin 1 Di TV1

Mereka bertiga tidak suka duduk sahaja di rumah dan masing-masing sudah mempunyai rancangan kerjaya namun terikat kerana Suhaila dikehendaki menjaga syarikat keluarga dan mengambil alih tempat Syafik, Suhana pula diberi dana untuk menjalankan sebuah perniagaan syarikat penerbitan manakala Suhani pula dilihat lebih suka menjalankan aktiviti perniagaan sendiri dan melibatkan perkongsian bersama seorang rakan bernama Adila.

Walaupun Syafik mahu ketiga-tiga anaknya itu bekerja di dalam syarikat milik keluarga, tetapi mereka menolaknya secara baik kecuali Suhaila yang menerima permintaan Syafik itu kerana memandangkan pengetahuanya semasa belajar lebih kepada undang-undang.

Bermulalah kerjaya mereka bertiga dengan mengendalikan syarikat / perniagaan masing-masing yang mempunyai pelbagai krisis / konflik / dugaan dan cabaran yang adanya di dalam dunia perniagaan.

Kerana ingin belajar erti hidup dan berdikari, Suhaila, Suhana dan Suhani bercadang untuk tinggal di rumah berasingan dengan tiga nenek mereka. Bukan mereka tidak mahu tinggal bersama, tetapi mereka mahu praktikan apa yang telah diajar oleh ketiga nenek mereka itu tanpa menyusahkan lagi mereka. Walaupun menerima bantahan, namun akhirnya ketiga-tiga nenek seperti memahami kehendak ketiga-tiga cucu mereka itu.

Di alam perniagaan, hubungan di antara Suhaila dengan Johan dilihat renggang kerana hasutan dari Datuk Jalil yang mengumpan Sofea sebagai penghasut demi mencapai cita-citanya untuk merampas syarikat Syafik, Suhana pula terjumpa semula Remy yang kini menjadi pesaing perniagaannya manakala Suhani berhadap dengan sikap Adila yang mahu membeli syer Suhani untuk memilik secara total perniagaan kafe mereka.

Sanding sekali...babak perkahwinan

Mengenai hubungan cinta pula, Suhaila yang bersahabat dengan Azrai, Suhana dengan Hakimi dan Suhani pula dengan Fitri masih berterusan tetapi masih masing-masing belum meluahkan perasaan cinta kecuali Suhani yang dilihat rapat dengan Fitri. Pertemuan kali pertama setelah tamat belajar memutikan bait-bait cinta di hati mereka berenam tetapi berhadapan dengan krisis dan dugaan sebelum mereka bertiga sama-sama naik pelamin dalam usia yang muda.

Nenek-nenek masih memantau mereka tetapi kali ini tidak terlalu keterlaluan kerana cucu-cucu mereka sudah hidup sendiri. Namun mereka bertiga masih bertindak sebagai penasihat kepada mereka bertiga kerana mereka adalah orang tua.

Sebagai pengantin muda dan melalui hidup berumahtangga, timbul juga asam garam rumahtangga yang dihadapi oleh mereka bertiga. Namun segalanya dapat diselesaikan secara baik dan kembali hidup bahagia. Akhirnya, segala masalah / krisis / konflik / dugaan dan cabaran yang di hadapi oleh mereka bertiga berjaya diselesaikan.

poster 3 Dara Pelamin 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ed Sheeran The World’s Most Streamed Artist 2014

Elaine Daly Sah Jadi Isteri Nick Borden