in

Khusus Untuk Pengunjung Hot FM Big Jam 2009, Dapatkan T-Shirt Sensasi Selebriti

Pada 1 Mac ini  (esok, hari Ahad), bertempat di tempat letak kereta, Festive Street Mall, Danga Bay Johor Bahru, Konsert 8 jam tanpa henti, Hot FM Big Jam 2009 akan mengegarkan bumi Johor sempena dengan ulangtahun ke-3 Radio Hot FM!

Konsert gala tahunan ini akan lebih HOT dengan barisan artis besar, ‘mainstream’, sederhana, kecil, baru, realiti, tak realiti, indie, indie tak indie, dan macam-macam lagi! Temui dan nikmati muzik mereka, Mawi, Adam, Nubhan, Aizat, Suki, Ayu, Stacy, Faizal Tahir, One Nation Emcees, Azharina, Elyana, Misha Omar, Imran Ajmain, Ruffedge, Sixth Sense, Bau, Maximus, The Divine Masters, Modread, Pardon Me, One Buck Short, Pesawat, Bunkface, Estranged dan semestinya Meet Uncle Hussain.

Budiey juga tidak melepaskan peluang untuk bersama media lain turun ke Johor. Ikut perancangan yang diselenggarakan oleh HOT FM, Budiey akan bertolak ke JB pada pagi Sabtu ini dari Sri Pentas dan akan menginap di sebuah hotel berdekatan dengan Danga Bay. Sampai awal di JB, mungkin Budiey nak jalan-jalan sekitar Danga Bay… maklumlah ini pertama kali Budiey ke sana.

Untuk pembaca dari Johor Bahru dan kawasan berhampiran termasuk Singapura kalau ada, Budiey ingin membawa T-shirt Sensasi Selebriti – Eksklusif Ulangtahun Ke-2 Budiey.com untuk korang semua miliki dengan harga RM30 sehelai (Harga biasa RM35).

Bukan itu sahaja, korang yang beli akan dapat hadiah goodies PERCUMA.

Kepada pembaca yang ingin menempah, sila hubungi Budiey di email ini:

Sila nyatakan saiz T-shirt, berapa helai dan juga tinggalkan nombor telefon serta nama untuk Budiey hubungi nanti.

Jumpa korang di sanaaaaa!

Budiey mengenakan T-shirt Sensasi Selebriti di parti ulangtahun ke-2 Budiey.com. Bergambar sama-sama dengan geng dari NTV7. Budiey pakai saiz M.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato Siti Nurhaliza Bakal Berduet Dengan Rabbani di Konsert Sinar Maulidurrasul 1430H

Trivia: Beg GUCCI Siapa Ni?