in

Khas Hari Ulangtahun RTM ke-69

Khas Hari RTM ke-69 – Forum Perdana Ehwal Islam Bersiaran Secara Langsung Dari Angkasapuri Di TV1

Iman adalah mutiara…
di dalam hati manusia…
yang meyakini Allah
Maha Esa… Maha Kuasa…

tanpamu iman bagaimanalah…
merasa diri hamba padaNya…
tanpamu iman bagaimanalah…
menjadi hamba Allah yang bertaqwa…

Begitulah antara bait lagu Iman Mutiara dendangan kumpulan Raihan. Penuh penghayatan dan maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada semua tidak mengira usia mahu pun pangkat apatahlagi paras rupa.

Dengan membincangkan tajuk #Iman, jangan lupa temu janji pada hari Khamis depan, 9 April, pukul 9.05 malam untuk menyaksikan siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam ini menerusi TV1.

Program Forum Perdana Ehwal Islam khas sempena meraikan sambutan Hari RTM ke-69 yang diraikan pada 1 April lalu bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Kupasan lebih mendalam tentang perkara ini akan dibincangkan secara langsung bersama barisan panel jemputan yang cukup terkenal iaitu Ustaz Badlishah Alauddin, Ustaz Elyas Ismail dan Ustaz Haji Zambri Hashim, merupakan Timbalan Mufti Perak.

Orang ramai dijemput bersama-sama menghadiri forum ini bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Ustaz Elyas Ismail

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Parkroyal Saigon

Jodoh Musuh Zaman Sekolah Dalam Filem Komedi YOU AGAIN