in

Khairul Fahmi Duta Brand’s Actifmynda Plus Yang Baru

BRAND’S Berganding dengan Apex:
Khairul Fahmi duta BRAND’S® ActifMynda Plus yang baru

[dropcap]P[/dropcap]enjaga gol utama Malaysia, Khairul Fahmi, atau lebih dikenali sebagai “Apex” di kalangan peminatnya, telah dipilih sebagai duta BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS baru-baru ini.

Khairul ketika ditanya tentang pelantikan tersebut:

“Selain mengekalkan badan yang cergas, saya perlu juga menumpukan perhatian dan kepekaan minda pada setiap perlawanan. Oleh itu saya mengambil BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS setiap hari. Bukan sahaja ianya mudah untuk diminum dan rasanya yang sedap, ianya memberi saya tenaga tambahan untuk mencapai segala impian dalam hidup.”

“Saya perlu mengekalkan tahap ketahanan mental yang terbaik dan sentiasa bertenaga di dalam dan luar padang selain menjalani kehidupan berumahtangga. Oleh yang demikian, ketahanan kesihatan mental dan fizikal adalah amat penting buat masa ini.”

BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS dijamin Halal dan dengan pengambilan setiap hari boleh meningkatkan prestasi kerja dengan menyuburkan minda serta tubuh. Ia menajamkan tumpuan dan kecergasan mental sambil memberi tenaga tambahan dalam aktviti harian.

Penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa pengambilan BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS secara berterusan boleh meningkatkan prestasi mental dan fizikal secara efektif. Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Putra Malaysia telah memberi keputusan kajian muktamad bahawa pengambilan BRAND’S® selama 14 hari berturut-turut dapat meningkatkan daya ingatan sebanyak 15% serta tahap tumpuan minda sebanyak 22%.

BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS bebas kolesterol dan tidak mengandungi bahan perangsang. Pengambilannya secara berterusan boleh meningkatkan kadar metabolisme badan sebanyak 12% hingga 16% secara purata dan ini berlaku hanya dalam masa sejam selepas pengambilan minuman berkhasiat ini.

Koh Joo Siang, Naib Presiden & Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd.

“Khairul menunjukkan kepintaran, fokus dan kemahiran yang tinggi dalam permainan bola sepak. Oleh itu BRAND’S® amat berbangga dengan pelantikan Khairul sebagai duta untuk BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS.”

“BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS merupakan suplemen semula jadi yang unik kerana ia dapat meningkatkan prestasi tubuh badan dan minda sekali gus. Pengambilannya secara kerap membolehkan anda melakukan yang terbaik untuk mengimbangi prestasi dalam kerjaya, kehidupan dan keluarga. Keberkesanan produk pati ayam ini telah dibuktikan secara saintifik dan kami yakin para pengguna akan mendapat manfaatnya apabila menjadikannya sebahagian daripada rejim penyelenggaraan kesihatan setiap hari.”

BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS boleh didapati di farmasi terkemuka, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara dengan harga RM25.90 bagi setiap pek (6 botol x 42g). Untuk keterangan yang lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh mengaktifkan minda setiap hari, sila layari laman web di www.brandsworld.com.my atau hubungi talian Khidmat Prihatin Pelanggan kami di 1-300-228-300.

Khairul Fahmy is BRAND'S ActifMynda Plus ambassador

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Download Aplikasi Maybank Malaysia Open 2013 Di Telefon Bimbit Anda

Gambar Anuar Zain Giat Berlatih Persediaan Konsert